Golongan yang Perlu Bayar Fidyah
Orang yang menghidap penyakit dan tiada harapan untuk sembuh atau golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali.
Wanita hamil. Dengan syarat dibimbangi akan keselamatan ke atas bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran.
Ibu yang menyusu anaknya.Dengan syarat ibu yang merasa bimbang akan memudharatkan bayi yang disusuinya seperti menjejaskan kesihatan bayinya.
Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadhan).
Program Fidyah Untuk Bulan Ramadhan
Ramadhan Kian Hampir
Ramadan kian hampir.. Ramai masih tertanya akan puasa yang belum siap diganti..
Meninggalkan puasa dibolehkan dan diwajibkan kepada beberapa individu dan situasi menurut syarak.. Dan mereka boleh membayar fidyah mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.
Pembayaran fidyah ini wajib diambil dari harta isteri atau wanita yang menyusukan anak tersebut. Walau bagaimanapun sekiranya isteri tidak memiliki harta kerana tidak bekerja atau seumpamanya, maka suami bertanggungjawab untuk membayar fidyah tersebut dari harta suami.
TETAPI, HUTANG FIDYAH INI WAJIB DIBAYAR
Fidyah merupakan denda (biasanya berupa makanan asas) yang harus dibayar oleh seorang muslim karena meninggalkan puasa yang disebabkan oleh penyakit, penyakit tua yang menimpa dirinya dan sebagainya.
Ia dikenakan kepada individu yang meninggalkan puasa wajib atas sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada) bulan Ramadhan.
Situasi ini sering berlaku kepada wanita hamil serta menyusukan anak. Walaubagaimanapun, tidak semua situasi dapat memerlukan mereka untuk membayar fidyah.
Menurut syarak, ada beberapa keadaan yang diwajibkan dia membayar fidyah iaitu sekiranya wanita hamil atau menyusukan anak bimbang tentang keselamatan serta kesihatan anak dan dirinya,mereka dibolehkan berbuka puasa dan wajib mengqadakan puasa sahaja.
Namun, sekiranya mereka bimbang terhadap kesihatan serta keselamatan anak mereka sahaja, maka dibolehkan untuk berbuka puasa dan diwajibkan qada puasa tersebut serta diwajib untuk membayar fidyah.
“Wajib mengqada dan membayar fidyah) berbuka puasa kerana bimbang orang lain seperti orang yang mengandung berbuka (puasa) kerana bimbang terhadap janinnya, dan wanita yang menyusu bimbang terhadap anak susuannya. Manakala, kedua-duanya (wanita mengandung dan menyusu) berbuka puasa kerana bimbangkan dirinya sendiri dan bimbang terhadap anak mereka, wajib mengqadakan puasa sahaja tanpa membayar fidyah.”
(Rujuk: Taqrirat al-Sadidat, hlm 455)
Ramadhan Kian Hampir
InsyaAllah, Kutipan fidyah melalui Muslim Care Global akan disalurkan kepada saudara-saudara dan anak-anak yang memerlukan sama ada di Malaysia atau luar negara seperti Yaman, Syria, Palestin dan sebagainya
untuk menderma sila klik button dibawah
Sekiranya, Tuan/Puan masih ada sebarang pertanyaan atau kekeliruan untuk Fidyah serta jumlah kiraan puasa, boleh hubungi Puan Qawiemah di