PENGHARGAAN

Pertama dan terpenting, terima kasih kepada Allah yang Maha Kuasa yang telah memberkati dan membantu kami dalam menjayakan MCG. Kami juga ingin mengambil peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam semua misi dan program yang diketuai oleh MCG. Terima kasih kepada para sukarelawan, para penderma, pekerja dan semua rakan-rakan kami yang telah bekerjasama dengan kami dan memberi sokongan untuk menjangkau lebih jauh dalam membantu mangsa yang tercedera, pelarian dan semua mangsa yang tidak bernasib baik, bencana dan kemiskinan. Bencana alam pasti akan berlaku, masalah kemiskinan sukar untuk dihentikan, dan kami berharap agar peperangan akan berakhir tidak lama lagi tetapi sehingga itu kami akan berusaha sebaik mungkin untuk membantu semua saudara-saudara kita yang tidak bernasib baik dan kami percaya anda juga akan lakukannya.
CARE FOR UMMAH

PESANAN PRESIDEN

 
 
Bismillahirahmanirrahim dan Assalamualaikum.

Segala pujian kepada yang Maha Kuasa dan utusannya Muhammad S.A.W. Bersyukur kepada pencipta kita Allah yang memberi kita tujuan dalam kehidupan iaitu untuk menyembah kepada-Nya, berkhidmat dan mengagumi ciptaann-Nya,manusia serta alam sekitar untuk kebaikan bersama.

Dalam aspek kemanusiaan, Muslim Care Global ditubuhkan untuk berkhidmat kepada ummah yang memerlukan dimana untuk memberi inspirasi kepada modal insan, untuk membimbing secara profesional dan menubuhkan pusat pengajian. Untuk menjadi muslim yang lebih baik, kita mesti menjaga ummah kita. Menjadi baik kepada Allah bermakna yang pertama dan terpenting adalah baik kepada diri sendiri, kepada keluarga kita dan kepada semua jiran kita. Seorang muslim yang baik mesti menjadi ahli yang aktif untuk kebaikan bersama di mana membuat orang lain tersenyum dianggap sebagai amal.

Segala puji bagi Allah, Muslim Care Global mempunyai penyertaan yang hebat sejak penubuhannya. Penglibatan kami dalam kemanusiaan tahun lalu telah menghiasi lebih banyak senyuman pada wajah saudara-saudara kita yang menghadapi keadaan kehidupan paling buruk. Keperluan asas seperti air adalah kritikal di beberapa tempat tetapi usaha yang tidak berkesudahan telah mendorong para penyokong kami untuk membantu ummah. Dengan izin Allah, sekarang saudara-saudara kita boleh menikmati sedikit kehidupan mereka walaupun mereka dalam kesusahan.
Saudara sekalian,
Sejak penubuhan Muslim Care Global, kami menghadapi serangan persepsi dari mereka yang tidak selesa dengan kewujudan kami. Mereka telah merancang untuk mengusir kami dari kelompok kemanusiaan dan bertindak diluar kawalan dengan mengheret kami ke muka pengadilan. Dengan izin Allah, kami berjaya mempertahankan kewujudan kami dan kami mengambil iktibar dari kejadian yang telah berlaku sebagai pendorong kepada Muslim Care Global untuk ke peringkat seterusnya.

Bagi pihak pengurusan, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli untuk sokongan berterusan anda yang tidak berbelah bahagi yang menjadi tonggak kuat untuk semua aktiviti semasa tahun permulaan kami.

Akhir sekali, ianya bukan nama mahupun rupa tetapi tindakanlah yang akan mempamerkan siapa sebenarnya kita.
Wassalam.
Pertubuhan Pencinta Muslim Sedunia (Muslim Muslim Care Global) atau mudah dikenali sebagai MCG berdaftar dibawah Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia pada 14 Mac 2018 (PPM-025-10-14032018). MCG adalah satu pertubuhan badan NGO yang membantu Muslim lokal dan global dalam pelbagai aspek.

Alhamdulillah, hanya dalam setahun kami telah menjalankan beberapa program di malaysia dan di seluruh dunia. Program ini menyeluruh dan menawarkan bantuan kepada semua yang memerlukan termasuk sokongan dan bantuan kepada belia dan keperluan khas pelajaran, yatim piatu dan penjagaan warga tua serta pelarian. Sepanjang Ramadhan, iftar dan sumbangan akan dilakukan sementara semasa Aidiladha, sumbangan qurban akan diedarkanke beberapa bahagian luar negara.

MCG juga menawarkan program sanitasi air dengan menderma dana dalam pembinaan telaga tiub dan lubang bor di negara terpilih. Selain itu, kerana kerjasamanya dengan FORSB, seni bina firma konsultan, MCG telah berjaya membantu menyediakan cadangan pembinaan masjid dan sekolah di seluruh dunia.

OBJEKTIF

PENJAGA KEAMANAN
Menjaga keamanan dan kemakmuran kepada perpaduan Ummah
AKTIVITI AMAL
Untuk menjadikan dunia menjadi lebih baik
BANTUAN KEMANUSIAAN
Menjalankan misi kemanusiaan pada tempat-tempat yang diperlukan.
DAKWAH
Menyambung perjuangan dakwah islam oleh Rasulullah SAW.
TINDAKAN
Rancang dan uruskan bantuan kemanusiaan secara professional dengan integriti dan ketelusan secara global.
IDEA DAN STRATEGI
Membantu berkongsi idea dalam pembangunan NGO dan modal insan.
PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN
Untuk memastikan kanak-kanak mendapat pendidikan yang betul.
CARE FOR UMMAH

MISI DAN VISI KAMI

MISI MUSLIM CARE GLOBAL
  • Pembangunan Intelektual dan Professional
  • Perkembangan Diri dan Rohani
  • Pembangunan Fizikal dan Infrastruktur
VISI MUSLIM CARE GLOBAL
Untuk menjadi sebuah badan NGO yang islamik yang komited untuk memenuhi permintaan islam secara global dan membantu dari segi pembangunan Ummah dari segala aspek dan bidang.