Membina Masjid, Menghubungkan Ummah

Setiap sumbangan membuka peluang untuk lebih ramai saudara Muslim memiliki ruang ibadah yang selesa, selamat dan bermanfaat.

Setiap masjid yang dibina menjadi tempat umat Islam menunaikan ibadah, mendekatkan diri kepada Allah dan menghidupkan syiar Islam.

 

Usaha pembinaan masjid merentasi sempadan negara bagi membantu komuniti Muslim mendapatkan ruang ibadah yang lebih selesa dan selamat.

 

Masjid menjadi pusat ibadah, ilmu dan pembangunan masyarakat yang menyokong kesejahteraan ummah untuk hari ini dan masa hadapan.

Daripada ruang ibadah kepada pusat komuniti, masjid mengeratkan ukhuwah, menyuburkan pendidikan Islam dan memupuk semangat kebersamaan.

 

Projek Pembangunan Masjid Oleh Muslim Care Global

Sebagai pusat ibadah dan pengukuhan kehidupan Islam dalam komuniti setempat.

MASJID AL ANWAR KEPULAUAN COMOROS

Di negara majoriti Muslim, Masjid Al-Anwar dibangunkan sebagai pusat ibadah dan pengukuhan syiar Islam dalam komuniti setempat, susulan saranan Habib Umar Bin Hafiz yang pernah menziarahi tapak masjid berkenaan pada tahun 2017.

 

MASJID AL QUDDUS PHNOM PENH CAMBODIA

Diusahakan bagi menyokong komuniti Muslim minoriti di Phnom Penh melalui penyediaan ruang ibadah, pendidikan dan aktiviti dakwah yang dapat memperkukuh kehidupan Islam setempat.

MASJID AL QUDDUS TAUPO NEW ZEALAND

Sebagai tempat ibadah dan pusat komuniti yang dapat menjadi ruang untuk memperluas dakwah serta menghidupkan nilai-nilai Islam dalam kalangan masyarakat setempat

MASJID AL QUDDUS MINDANAO FILIPINA

Pembinaan masjid ini menjadi usaha mengembangkan syiar Islam serta menyantuni komuniti Muslim minoriti di Mindanao melalui penyediaan tempat ibadah dan ruang pembelajaran Islam.

Muslim Care Global 2026. All Right Reserved