Bantuan kebajikan di Syria adalah terlalu sedikit. Keadaan ini disebabkan kemudahan untuk NGO antarabangsa masuk menyalurkan sumbangan mereka ke dalam Syria agak sukar kecuali NGO-NGO tempatan yang telah lama mendapat kelulusan untuk beroperasi di lapangan.
Alhamdulillah, atas keizinan Allah SWT, Misi MCG Winter Aid 4 Syria pada November tahun lalu, satu Perjanjian Persefahaman Kerjasama antara MCG + Angel Group + IHH untuk penajaan operasi kilang roti di Azaz Syria bagi tempoh setahun bermula awal tahun 2023 telah berjaya ditandatangani.
Hasil persetujuan ini, sejak awal tahun 2023 lalu, Kilang Roti MCG di Azaz, Syria ini, telah memulakan operasi pengeluaran roti bagi membekalkan keperluan asas ini kepada saudara-saudara pelarian Syria.
Selain kami menjalinkan kerjasama dengan IHH Rakan NGO kami di Turkiye sejak 5 tahun yang lalu, kami juga menerima tawaran kerjasama dengan GDD, Rakan NGO kami dari Palestine yang mempunyai beribu pejabat di Turkiye.
Alhamdulillah, kedua-dua Rakan NGO kami ini, mempunyai kemudahan untuk keluar masuk dari Turkiye ke Syria. Apabila berlakunya bencana, sukarelawan mereka sudah bersedia untuk berada di lokasi kejadian bagi membantu mangsa-mangsa yang terlibat.
Menurut info PBB, pada awal tahun 2017 hampir 1/2 juta rakyat Syria yang bergelar pelarian di luar negara mereka, berusaha balik semula ke Tanah Air mereka atas tujuan untuk melihat kaum keluarga dan harta warisan yang mereka terpaksa tinggalkan sebelum ini.
Dalam masa yang sama penghijrahan rakyat Syria untuk keluar dari negara mereka juga terus berlaku walaupun penghijrahan tersebut belum tentu menjamin kebahagiaan dan keselamatan buat mereka.
Kezaliman demi kezaliman yang berlaku kepada masyarakat awam telah menyebabkan penghijrahan beramai-ramai dan dalam masa yang sama ianya menghadirkan berbagai kesusahan dan penderitaan yang perlu mereka hadapi.
Terpaksa tinggal di kem-kem pelarian, kehilangan sumber pendapatan, kekurangan bekalan makan asas, kemudahan kesihatan yang amat minima, berdepan cabaran musim sejuk yang boleh membawa kepada maut dan bermacam lagi kesusahan serta penderitaan yang perlu mereka hadapi.
Tentu sahaja cabaran ini akan menjadi lebih besar dan berat bila ianya di hadapi oleh kanak-kanak, warga emas, ibu tunggal, golongan kurang upaya dan seumpamanya.
Suasana ini membangkitkan rasa tanggungjawab dan motivasi kepada kami NGO MCG (Pertubuhan Pencinta Muslim Sedunia@Muslim Care Global) utk memainkan peranan membantu meringankan penderitaan saudara-saudara Syria kita ini.
“Seorang Muslim adalah saudara terhadap Muslim (yang lain), dia tidak boleh menganiaya dan tidak akan dianiaya oleh orang lain. Sesiapa yang melaksanakan hajat saudaranya, maka Allah akan melaksanakan hajatnya.”
-(Hadis riwayat al-Bukhari)
Oleh itu, kami MCG akan terus melancarkan Kempen Kutipan Dana Untuk Membantu Kebajikan Pelarian-Pelarian @ Saudara-Saudara Syria dari masa ke masa selagi krisis di negara mereka tidak selesai.
Alhamdulillah. Berkat sokongan dan sumbangan sahabat-sahabat penderma, kita mampu terus membantu mereka.
Kami kongsikan di sini kempen susulan yang kami usahakan bersama-sama Rakan NGO kami IHH bagi meringankan penderitaan saudara-saudara Syria kita.:
1️⃣ Kempen membangunkan rumah yang lebih selesa @ Shelter4Syria. Tajaan RM100/ lot Atau RM2,000/ shelter.
2️⃣ Kempen mengumpul dana untuk bekalan tepung bagi membantu operasi kilang roti yang menyediakan bekalan roti untuk pelarian sebanyak 120,000 keping roti sehari. Projek bekalan roti ini adalah projek utama MCG usahasama bersama NGO IHH. Tajaan Tepung RM100/ lot.
3️⃣ Kempen MCG Qurban4Ummah. Tajaan Seekor Kambing RM1000 @ Infaq Qurban RM100/1 lot.
4️⃣ Kempen Wakaf Al-Quran4Ummah. Tajaan RM50/senaskah.
5️⃣ Kempen bantuan tajaan pendidikan untuk menyediakan kemudahan pendidikan untuk anak-anak yatim. Tajaan RM150/ seorang untuk sebulan.
6️⃣ Kempen bantuan kebajikan foodpack untuk keluarga anak yatim, syuhadah, ibu tunggal, asnaf, golongan OKU. Tajaan RM100/ sekeluarga.
7️⃣ Kempen bantuan set pakaian musim sejuk, persekolahan, hari lebaran untuk kanak-kanak RM100/ seorang.
8️⃣ Sejak pandemik Covid-19 ini, kami sedang membantu IHH yang berusaha untuk menambah pembinaan tempat mandi dan tandas bagi mempertingkatkan lagi tahap kebersihan di kawasan kem-kem pelarian. Tajaan RM100/ lot.
9️⃣ Kempen bantuan kesihatan, perubatan dan hygiene kit. Tajaan RM100/ lot.
Alhamdulillah, Muslim Care Global (MCG) kini sedang dan terus berusaha untuk memaksimumkan pengeluaran roti dari kilang ini untuk diagihkan kepada saudara-saudara kita yang sedang diuji dengan bencana gempa bumi yang telah melanda Selatan Turkiye dan Utara Syria baru-baru ini.
Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar RA menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Seorang Muslim adalah saudara terhadap Muslim (yang lain), dia tidak boleh menganiaya dan tidak akan dianiaya oleh orang lain. Sesiapa yang melaksanakan hajat saudaranya, maka Allah SWT akan melaksanakan hajatnya. Sesiapa yang melapangkan kesusahan seseorang Muslim, maka Allah SWT akan melapangkan kesukarannya pada hari kiamat. Sesiapa yang menutupi aib seseorang Muslim, maka Allah SWT akan menutup aibnya pada hari kiamat.”
(Hadith Riwayat al-Bukhari, No.2442, 6901, Muslim, No.2580)
Ayuh bantu kami untuk membantu mereka agar mereka tidak lagi berlapar.
Moga Allah SWT sentiasa merahmati dan membalas segala keikhlasan sahabat-sahabat dengan ganjaran yang lumayan di dunia dan di Akhirat.
Allahumma Aamiin.
Pertubuhan Pencinta Muslim Sedunia (Muslim Care Global @ MCG) berdaftar dibawah Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia pada 14 Mac 2018 (PPM-025-10-14032018).
© 2023 Muslim Care Global