wakaf4ummah – Wakaf Al-Quran

1
RM100.00 of RM200,000.00
ended 10 months ago

Seringkali kali kita boros dalam membelanjakan rezeki dengan perkara yang tidak bermanfaat.

Dan sering melupakan perkara yang mampu memberikan keuntungan yang besar terutamanya untuk ke Akhirat kelak.

Orang yang sanggup mengeluarkan hartanya dalam keadaan susah ataupun senang sesungguhnya mereka mempunyai ketinggian darjat di sisi Allah SWT.

Saat kita terlalu sibuk menyimpan dan menghimpun harta untuk masa depan atau masa tua, kita seringkali TERLUPA bahawa masa depan kita yang sebenarnya ialah Akhirat yang kekal abadi

(Habib Ali Zaenal Abidin)

Al Quran telah menjadi panduan utama kepada ilmu pengetahuan kita sejak dahulu. Kalam suci ini telah menjadi harta yang tidak ternilai bagi umat Islam seluruh dunia.ย 

Namun tidak semua mampu untuk memiliki kalam ini.ย 

Muslim Care Global (MCG) (PPM-025-10-14032018) sangat mengalu-alukan sahabat-sahabat semua untuk sama-sama kita bantu saudara-saudara kita di serata dunia untuk memiliki kalam suci ini.ย 

Tak rugi hari ini kita wakafkan kalam suci Allah ini kepada mereka kerana di akhirat kelak kita akan berbahagia dengan pahala yang sentiasa mengalir buat kita sekeluarga.

KEISTIMEWAAN BERWAKAF:

Pahala waqaf Al-Quran

Pahala bagi setiap huruf yang dibaca

Pahala bagi ilmu yang diamalkan hasil daripada bacaan Al-Quran

Projek Wakaf MCG AlQuran4Ummah akan membekal dan mengagihkan Al Quran kepada saudara-saudara kita di Gaza Palestin ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ, Thailand ๐Ÿ‡น๐Ÿ‡ญ, Cambodia ๐Ÿ‡ฐ๐Ÿ‡ญ, Indonesia ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ฉ, India ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ณ, Kashmir Pakistan ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ฐ, Bangladesh (Rohingya)๐Ÿ‡ง๐Ÿ‡ฉ, Myanmar (Rohingya)๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡ฒ, South Korea ๐Ÿ‡ฐ๐Ÿ‡ท, Syria ๐Ÿ‡ธ๐Ÿ‡พ, Yemen ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ช, Sudan ๐Ÿ‡ธ๐Ÿ‡ฉ, Uganda ๐Ÿ‡บ๐Ÿ‡ฌ, Chad ๐Ÿ‡น๐Ÿ‡ฉ, Comoros ๐Ÿ‡ฐ๐Ÿ‡ฒ, Nigeria ๐Ÿ‡ณ๐Ÿ‡ฌ, Gambia ๐Ÿ‡ฌ๐Ÿ‡ฒ, Madagascar ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡ฌ, Turkey ๐Ÿ‡น๐Ÿ‡ท, Bosnia ๐Ÿ‡ง๐Ÿ‡ฆ, Belarus ๐Ÿ‡ง๐Ÿ‡พ dan New Zealand ๐Ÿ‡ณ๐Ÿ‡ฟ.ย 

Agihan Naskah Al-Quran dari *Projek Wakaf MCG Al-Quran4Ummah* ini juga telah dan sedang diusahakan bagi diagihkan di negara kita sendiri Malaysia ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

ย Jangan dilihat apa yang didalam poket kita, tapi lihatlah kemampuan Allah SWT untuk membalas setiap sumbangan wakaf ini.Wakaf ini mampu membantu mereka untuk belajar dan mendalami Al Quran.

Ayuh kita kongsikan rezeki kita bersama mereka. Semoga pahala wakaf Al-Quran ini dapat membantu kita di Akhirat kelak. Inshaโ€™Allah.