wakaf4ummah – Tubewell

1
RM450.00 of RM200,000.00
3 months to go

Mesti ramai suka berwakaf sebab kita semua mahukan pahala yang berpanjangan untuk dunia dan akhirat diri sendiri, ibu dan ayah serta keluarga.

Bila sebut wakaf, kita dapat lihat pelbagai jenis wakaf yang dijalankan baik di dalam mahupun di luar negara seperti wakaf masjid, wakaf sekolah, wakaf telaga atau wakaf air dan wakaf Al Quran.

Alhamdulillah, Setinggi-tinggi ucapan kesyukuran dari kami NGO MCG ke hadrat Allah SWT atas keizinanNya, yang telah membangkitkan keinginan dikalangan sahabat-sahabat semua untuk terus bersama-sama kami bagi menjayakan Pembinaan Projek Wakaf MCG Tubewell4Ummah @ Bekalan Sumber Air Bersih di merata pelusuk dunia.

Dalam satu riwayat, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

“Sesungguhnya diantara amal kebaikan yang mendatangkan pahala setelah orang yang melakukannya wafat ialah ilmu yang disebar­luaskannya, anak soleh yang ditinggalkannya, mushaf (kitab-kitab keagamaan) yang diwariskannya, masjid yang dibangunnya, rumah yang dibangunnya untuk penginapan orang yang sedang dalam perjalanan, sungai yang dialirkannya untuk kepentingan orang banyak, dan harta yang disedekahkannya”

(Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Alhamdulillah. Berkat sokongan dan sumbangan sababat-sahabat penderma, dari masa ke semasa, kami MCG akan terus menerus berusaha membangunkan lagi tubewell sebanyak yang termampu.

Berikut adalah senarai beberapa negara yang menjadi tumpuan NGO kami MCG utk membangun Projek Wakaf MCG Bekalan Sumber Air Bersih @ MCG Tubewell4Ummah untuk rujukan sahabat2 penderma:

1️⃣ Gaza Palestine 🇵🇸

2️⃣ Sistem saliran di Kashmir Pakistan 🇵🇰

3️⃣ India 🇮🇳

4️⃣ Madagascar 🇲🇬

5️⃣ Nigeria 🇳🇬

6️⃣ Uganda 🇺🇬

7️⃣ Chad 🇹🇩

8️⃣ Burkina Faso 🇧🇫

9️⃣ Comoros 🇰🇲

1️⃣0️⃣ Cambodia 🇰🇭

1️⃣1️⃣ Indonesia 🇮🇩

1️⃣2️⃣ Bangladesh (Rohingya)🇧🇩

1️⃣3️⃣ Myanmar (Rohingya) 🇲🇲

1️⃣4️⃣ Di Kawasan Pembangunan MCG Shelter4Syria Untuk Saudara Kita Dikalangan Pelarian Syria 🇸🇾

1️⃣5️⃣ Yaman

Pelbagai cabaran yang telah dihadapi untuk pembinaan tubewell diantaranya adalah kos pembinaan tubewell yang tidak sama. Ia berlaku disebabkan oleh banyak faktor, seperti jarak kawasan pembinaan tubewell dengan bandar, kedalaman lubang yang perlu digali sehingga sampai kepada punca air dan sebagainya.

Ayuh sama-sama kita berusaha berikan yang terbaik untuk pembinaan tubewell. Mereka sangat memerlukan bantuan bekalan air bersih bagi digunakan dalam keperluan harian mereka seperti beribadah, memasak, minuman dan sebagaimya.

Di sesetengah tempat, mereka mengalami pencemaran air dan bekalan air mereka sangat terbatas yang mengakibatkan wabak penyakit mudah merebak.

Selaku pengurus kepada pembangunan Projek Tubewell ini, kami MCG melihat sendiri, bagaimana bahagia dan gembiranya saudara-saudara kita bila mereka menerima kemudahan Tubewell ini.

Untuk info sahabat-sahabat, di sesetengah lokasi terlibat terutama di Benua Afrika, sebuah tubewell yang berjaya dibina akan memberi manfaat kepada lebih 2,000 penduduk atau pengguna.

Keadaan ini benar-benar memberi motivasi dan semangat kepada kami MCG untuk terus berusaha mengajak sahabat-sahabat semua untuk terus menerus bersama kami agar lebih banyak lagi tubewell dapat kita bangunkan di lokasi-lokasi yang amat memerlukan.

Moga segala sokongan dan sumbangan sahabat-sahabat semua akan diterima Allah SWT sebagai amalan soleh dan membalas segala sumbangan sahabat-sahabat ini dengan ganjaran yang lumayan di dunia dan di Akhirat.

Aamiin Allahumma Aamiin.