MCG telah dijemput untuk berunding bersama jawatankuasa Masjid Al-Jamee Al-Islami, Phnom Penh dan kontraktor mereka di Phnom Penh Kemboja untuk membantu membina semula masjid mereka yang telah lama dan sudah tidak dapat menampung jemaah di kawasan mereka setiap kali solat.
Rasulullah SAW pernah bersabda:
“Barang siapa membangun masjid (melibatkan diri dengan usaha bersama) kerana Allah walaupun sebesar sarang burung atau lebih kecil, maka Allah akan bangunkan baginya rumah di syurga.”
(Hadis Riwayat Ibnu Majah).
1️⃣. Memberi peluang umat Islam di Kemboja menzahirkan syiar islam di kawasan ibu kota mereka melalui masjid yang berperanan sebagai pusat pembangunan rohani, pendidikan, dakwah dan pembangunan ekonomi ummah.
2️. Mendidik ummah bersatu atas konsep Ta’awun membina masjid disamping meraih ganjaran pahala bersama.
Pelajar Tahfiz berada di dalam Masjid yang akan dibangunkan
3️. Media dakwah untuk umat Islam dan bukan Islam melihat dan merasai keindahan Islam.
4️. Meningkatkan lagi pengetahuan masyarakat Islam setempat serta negara di sekitarnya memahami dan menghayati Islam secara lebih dekat lagi.
Perbincangan pihak MCG bersama kontraktor tempatan di Kemboja
5️. Membuka peluang dan ruang untuk menerang berkenaan Islam khususnya kepada pihak berkuasa tempatan ketika perjumpaan dan mesyuarat dengan mereka.
6️. Mengumpul ahli-ahli profesional dan pengusaha industri binaan Muslim dari Malaysia untuk membimbing masyarakat Muslim Kemboja terutama dalam aspek pembinaan bangunan yang lebih ekonomik tanpa mengabaikan nilai estetika.
7. Mendekatkan ummah serta masyarakat global berkaitan isu di bumi Syam dengan sentuhan imej senibina yang diketengahkan menjadi mercu tanda syiar Islam di rantau Indo-China.
atau
2️⃣ Pakat bersama2 20 orang ahli keluarga dan sahabat2, seorang menyumbang RM100 utk mewakafkan sebuah Shelter secara bersama,
atau
3️⃣ Lancarkan kutipan dana utk Projek MCG Shelter4Syria ini di Pejabat2, Sekolah2, Syarikat2 atau seumpamanya, 2,000 orang cuma menyumbang RM1 sahaja.
Insha’Allah. Sumbangan RM1 inilah yang akan membantu saudara2 Syria kita ini tersenyum dan kita pula mendapat saham yang besar di sana nanti.
Ayuh bersama MCG bagi meneruskan kerjasama melalui konsep Ta’awun dalam membantu ummah terutama membantu bersama. Semoga usaha ini menjadi asbab utk kita terus bersama mendapat perlindungan Ilahi di dunia dan di Akhirat.
© 2023 Muslim Care Global