Assalamu’alaikum wbt.
Dihari Jumaat yang penuh keberkatan ini, marilah kita sama-sama melazimkan diri kita membaca ungkapan ini : “Allahumma solli ‘ala Muhammad, wa ‘ala ali Muhammad” Mudah-mudahan kelaziman ini akan mengundang keberkatan dan bantuan dari Allah SWT utk kita beroleh kesejahteraan di dunia dan di Akhirat.
MCG akan menganjurkan Ibadah Qurban dan Aqiqah sempena Hari Raya Aidil Adha yang akan hadir tidak lama lagi. Misi #MCGQurbanAqiqah4Ummah pada tahun ini akan dilaksanakan di lokasi-lokasi di dalam dan di luar negara yang terpilih atas tujuan tuntutan semasa yang mendesak seperti dinyatakan di bawah ini:
Terima kasih kepada sahabat-sahabat dan semua penderma di atas sokongan dan sumbangan bagi menjayakan misi pada kali ini. Nadi gerakerja MCG adalah sokongan dan sumbangan sahabat-sahabat semua disamping bantuan dari Allah swt. Semoga sifat pemurah hati dan keikhlasan sahabat-sahabat semua akan dibalas dengan ganjaran yang lumayan oleh Allah swt di dunia dan di Akhirat.
Aamiin Ya Rabbal’Alamiin.
Setiausaha Agung,
MCG (Muslim Care Global).
012-6935938.
#MCGMuslimCareGlobal #MCGCare4Ummah #MCGCharity4Ummah #MCGQurbanAqiqah4Ummah #MCGWakaf4Ummah #MCGDakwah4Ummah