Misi Bantuan MCG Kasih Ramadan 1445H Menyapa Saudara Kita Di Gambia
April 8, 2024TAKZIAH MCG KEPADA AHLI KELUARGA MANGSA HELIKOPTER TLDM LUMUT
April 23, 2024Ayuh Teruskan Momentum Ramadan Bersama-sama MCG Menyantuni Ummah Dengan Keindahan Islam
Alhamdulillah, syukur kita panjatkan kehadrat Ilahi atas kesempatan dan peluang yang diberikan kepada kita agar dapat menyelesaikan ibadah berpuasa di bulan Ramadan Al-Mubarak dan seterusnya ditemukan kita dengan bulan Syawal, bulan kemenangan.
Sabda Rasulullah SAW:
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ
Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian meneruskan dengan enam hari di Bulan Syawal sepertinya dia berpuasa selama setahun.”
(Riwayat Imam Muslim)
Amalan berpuasa 6 di bulan Syawal merupakan antara amalan yang sangat disarankan Rasulullah SAW kerana ganjaran mereka yang mengamalkannya ibarat memperoleh pahala seolah-olah berpuasa selama setahun.
Kami kongsikan disini beberapa kelebihan lain berpuasa 6 hari di bulan Syawal sebagai rujukan dan panduan sahabat-sahabat:
KELEBIHAN PUASA 6 HARI DI BULAN SYAWAL
Amalan Sunat Pelengkap Amalan Fardhu
Amalan sunat boleh menjadi pelangkap kepada amalan-amalan fardhu seperti Hadis Qudsi:
“Sesungguhnya amalan pertama yang dihitung bagi manusia di Hari Kiamat ialah solat. Baginda S.A.W bersabda, Allah S.W.T berfirman kepada para malaikat-Nya sedang Dia lebih mengetahui: Lihatlah pada solat hamba-Ku ini adakah ia telah disempurnakan atau masih ada kurang? Sekiranya sudah sempurna, tulislah sempurna. Sekiranya masih ada kurang, FirmanNya: Lihatlah adakah ada pada hamba-Ku itu amalan-amalan sunat. Sekiranya ada, FirmanNya: Sempurnakanlah bagi hamba-Ku itu amalan fardhunya dengan amalan sunatnya, kemudian dikira amalan-amalan dalam keadaan itu.”
(Riwayat al Hakim)
- Diganjari Syurga
Amalan berpuasa itu mampu meningkatkan daya takwa seseorang. Ketakwaan inilah menjadi laluan ke syurga seperti firman Allah SWT dalam Surah Az-Zumar ayat 73:
Maksudnya: “Dan orang-orang yang bertakwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke syurga dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke syurga yang pintu-pintunya sedia terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka dengan kata-kata:” Salam sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu, maka silalah masuk ke dalam syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya (mereka pun masuk).”
- Memasuki Pintu Ar-Rayyan
Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: “Sesiapa yang membelanjakan harta di jalan Allah, dia akan dipanggil daripada pintu syurga: Wahai hamba Allah ini adalah kebaikan untukmu. Sesiapa yang sentiasa mendirikan solat, dipanggil daripada pintu solat. Sesiapa yang berjihad, dipanggil daripada pintu jihad. Sesiapa yang berpuasa, dipanggil daripada pintu ar-Rayyan. Sesiapa yang bersedekah, dipanggil daripada pintu sedekah. Saidina Abu Bakar R.A berkata: Demi ibu dan ayahku wahai Rasulullah S.A.W. Mereka yang dipanggil daripada pintu-pintu tersebut tidak lagi memerlukan kepada apa-apa. Apakah akan ada seseorang yang dipanggil dari semua pintu. Jawab Baginda S.A.W: Ada, aku mengharapkan engkau termasuk di kalangan mereka.”
(Hadis Muttafaqun Alaih)
Justeru, ayuh sahabat-sahabat, kita laksanakan amalan sunat berpuasa 6 hari di bulan Syawal demi meraih kenikmatan yang dijanjikan oleh Allah SWT sekaligus meneruskan momentum beribadah pada bulan Ramadan yang lalu. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati dan memberi kekuatan untuk kita terus istiqamah dalam melakukan amalan-amalan yang membawa kepada keredhaanNya.
Allahumma Aamiin.
Setiausaha Agung,
MCG (Pertubuhan Pencinta Muslim Sedunia @ Muslim Care Global).
NOTA UNTUK PENDERMA
Sahabat-sahabat yang ingin menyumbang untuk mana2 Misi MCG, boleh salurkan sumbangan sahabat-sahabat melalui akaun kami seperti berikut :
PERTUBUHAN PENCINTA MUSLIM SEDUNIA (MUSLIM CARE GLOBAL)
RHB BANK : 2-12523-6001152-6
MAYBANK : 5624-7816 - 8967
Disamping itu, mohon sahabat-sahabat maklumkan info sumbangan melalui WhatsApp kepada nombor telefon yang disertakan untuk tindakan kami selanjutnya