Rabu 25 Disember 2019 / 28 Rabi’ul Akhir 1441H – Puncak Alam, seramai 100 keluarga Asnaf telah menerima manfaat hasil daripada sumbangan fidyah sahabat-sahabat serta penderma di program FREE MARKET BACK TO SCHOOL yang diadakan di Gelanggang Futsal Astana Alam 2, Puncak Alam, Selangor.
Jutaan terima kasih dan tahniah kepada rakan NGO I-Care Puncak Alam atas usaha yang dilakukan dan kesudian melibatkan MCG dalam program ini serta kepada semua sahabat-sahabat dan penderma MCG yang bekerjasama memberi sumbangan melalui bayaran fidyah dan juga Tabung MCG Muhajirin. Tidak dilupakan pihak Lembaga Zakat Selangor, serta beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan penduduk setempat yang terlibat menjayakan Free Market Back To School.
Insha’Allah, MCG masih meneruskan kutipan dana bantuan kebajikan membantu masyarakat Malaysia dari semasa ke semasa bagi meringankan penderitaan mereka. Fokus kepada mereka yang terdiri dari kalangan golongan Asnaf, Gelandangan, Muallaf, Orang Asli, serta Anak-Anak Yatim menghadapi musim persekolahan bermula Januari 2020 dan Anak-Anak yang memerlukan pendidikan selayaknya.
Semoga Allah swt memberkati dan membalas segala sokongan dan sumbangan ini dengan ganjaran yang lumayan di dunia dan di Akhirat
KAEDAH SUMBANGAN
1. Perbankan Internet :
Penama : PERTUBUHAN PENCINTA MUSLIM SEDUNIA (MUSLIM CARE GLOBAL)
No. Akaun Maybank : 5624-7816-8967
No. Akaun RHB BANK : 2-12523-6001152-6