SALAM UKHUWAH SEMPENA 2021
January 1, 2021TABUNG BENCANA MALAYSIA MCG
January 4, 2021Assalamu’alaikum WBT sahabat-sahabat yang dirahmati Allah SWT.
Musim sejuk terus menyelubungi bumi Asia Barat dan Bumi Kashmir. Musim yang merupakan musim yang amat ditakuti oleh saudara-saudara kita terutamanya yang berada di negara-negara yang sedang bergolak dengan kancah peperangan seperti di Syria, Palestine, Yemen dan terbaru di Bumi Lubnan yang digegarkan dengan Tragedi Letupan di Beirut baru-baru ini.
Kekurangan bekalan makanan, pakaian musim sejuk dan kemudahan kesihatan bagi mengharungi musim sejuk yang mencangkam ini serta tinggal di dalam khemah dan rumah kediaman yang serba-serbi penuh dengan kedhaifan, sudah semestinya akan menyebabkan mereka terutama kanak-kanak akan mudah terdedah dengan bahaya.
Alhamdulillah. Barakah dari sokongan dan sumbangan sahabat2 penderma semua, kami MCG telah berjaya melaksanakan beberapa Misi Bantuan Kebajikan di Palestin, Syria, Yemen dan Kashmir.
Bagaimanapun jumlah saudara-saudara kita yang mampu kami bantu masih dalam jumlah yang minima. Dan dalam masa yang sama, rayuan-rayuan memohon bantuan dari PIC kami di negara terbabit masih terus kami terima dari masa ke semasa.
Rayuan ini mengetuk hati dan semangat kami NGO MCG untuk terus istiqomah dan berusaha lebih gigih lagi dalam usaha membantu menyediakan keperluan kebajikan untuk saudara-saudara kita di negara-negara terbabit bagi meringankan penderitaan mereka bagi menghadapi ancaman musim sejuk.
Alhamdulillah. Sekali lagi kami nyatakan, berkat sokongan dan sumbangan sahabat-sahabat penderma, terbaru 2 minggu lepas, kami MCG telah berjaya menyalurkan bantuan kepada saudara-saudara kita di Gaza Palestin melalui Program MCG FoodParcel4Gaza dan berjaya membangunkan 120 unit Rumah @ MCG Shelter4Syria yang mana rumah-rumah ini telah serahkan kepada saudara-saudara Syria kita.
Dalam masa yang sama, kami sedang dalam usaha mengagihkan bantuan kebajikan kepada saudara-saudara kita di Yemen dan Kashmir dalam masa terdekat ini. Insha’Allah.
Kami kongsikan di sini kempen susulan yang kami usahakan bersama-sama Rakan NGO kami di Palestin, Syria, Yemen, Kashmir dan India, bagi meringankan penderitaan saudara-saudara kita di sana tujuan jangkamasa yang panjang:
- Kempen Membangunkan Rumah Yang Lebih Selesa @ Shelter4Syria. Tajaan RM200/Lot Atau RM2K/Shelter.
- Kempen Mengumpul Dana Untuk Bekalan Tepung Bagi Membantu Operasi Kilang Roti Yang Menyediakan Bekalan Roti Untuk Pelarian sebanyak 120,000 keping roti sehari. Projek Bekalan Roti ini adalah Projek Utama MCG usahasama bersama NGO IHH. Tajaan Tepung RM100/Lot
- Kempen MCG Membangunkan Kemudahan Asas Di Kem-Kem Pelarian Seperti Masjid, Sekolah, Pembentungan Bekalan Dan Saliran Air Dan Seumpamanya. RM100/1 Lot.
- Kempen Bantuan Tajaan Pendidikan Untuk Menyediakan Kemudahan Pendidikan Untuk Anak-Anak Yatim. Tajaan RM150/seorang utk sebulan.
- Kempan Bantuan Kebajikan Foodpack Untuk Keluarga Anak Yatim, Syuhadah, Ibu Tunggal, Asnaf, Golongan OKU. Tajaan RM100/sekeluarga.
- Kempen Bantuan Set Pakaian Musim Sejuk Untuk Kanak-Kanak RM150/seorang.
- Di waktu Covid19 Pandemik ini, kami sedang membantu IHH yang berusaha untuk menambah pembinaan tempat mandi dan tandas bagi mempertingkatkan lagi tahap kebersihan di kawasan kem-kem pelarian. Tajaan RM100/Lot.
- Kempen Bantuan Kesihatan, Perubatan Dan Hygiene Kit. Tajaan RM100/Lot
Segala sokongan dan sumbangan sahabat-sahabat semua didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Moga Allah SWT membalas segala sokongan dan sumbangan ini dengan ganjaran yang lumayan di dunia dan di Akhirat.
Allahumma Aamiin.