SELAMAT HARI DOKTOR SEDUNIA
March 30, 2021SELAMAT HARI KESEDARAN AUTISME
April 2, 2021Dari Abdullah bin Amr RA, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:
بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً
“Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat”.
(Hadis Riwayat Bukhari)
Ramadhan Al-Mubarak 1442H makin mendekati kita. Atas hasrat utk membangkitkan motivasi dan membina persiapan dalam diri kita di hari-hari menanti tibanya bulan Ramadhan, kami MCG ingin meneruskan usaha-usaha mengajak sahabat-sahabat semua untuk terus bersama MCG bagi merebut peluang pelaburan jangka panjang yang boleh menjadi peneman kita di Akhirat nanti.
Pelaburan ini kami khususkan bertujuan melancarkan kerja-kerja Misi Dakwah di beberapa buah negara yang menghadapi krisis peperangan, pergolakan politik, penindasan terhadap golongan minoriti, penyekatan hak pendidikan serta pengajian Islam.
Semua keadaan ini amat perlu dibantu bagi memantapkan keimanan serta memainkan peranan yang besar dalam usaha mengembangkan Syiar Islam dan mempertahankan Akidah umat Islam.
Rayuan sumbangan dan permintaan daripada saudara-saudara kita di merata pelusuk dunia termasuk di negara kita sendiri amat tinggi bagi membantu meneruskan usaha kerja-kerja Dakwah ini.
Justeru itu, MCG akan terus berusaha melaksanakan Misi-Misi Dakwah dari masa ke semasa dengan memberi tumpuan kepada beberapa lokasi. Antaranya:
- Asia Tenggara (Kemboja, Vietnam, Thailand, India, Pakistan, Sri Lanka, Indonesia, Filipina, Papua New Guinea)
- Eropah dan Oceania (Belarus, Bosnia, Poland, France, New Zealand, Australia)
- Afrika (Chad, Uganda, Gambia, Nigeria, Pulau Comoros, Niger, Cameroon, Ivory Coast).
- Bumi Anbiya (Palestine, Syria, Yemen, Mesir dan Turkey)
- Tidak dilupakan juga memberi tumpuan untuk melaksanakan usaha-usaha ini di dalam negara kita, Malaysia.
Sokongan dan sumbangan Sahabat-Sahabat yang lalu bagi menjayakan Misi MCG KasihRamadhan 1441H, MCG Qurban4Ummah, Projek MCG Wakaf4Ummah dan seumpamanya amat membantu dimana ianya menjadi salah satu daripada aktiviti yang berjaya menyebarkan Keindahan Islam dan mengembangkan Syiar Islam kepada masyarakat dunia.
Seperti biasa nadi untuk membantu menjayakan usaha-usaha dakwah ini adalah dari sahabat-sahabat dan para penderma semua disamping sentuhan dari Allah SWT.
Terima kasih atas segala perhatian dan sumbangan. Semoga segala yang kita kerjakan ini, beroleh pahala dari Allah SWT serta mampu menjadi hujah kita di hadapan Allah SWT di akhirat kelak bahawa kita telah memainkan peranan dalam mengembangkan Syiar Islam di merata pelusuk dunia.
Aamiin Allahumma Aamiin.