KIT SOLAT UNTUK PESAKIT HOSPITAL
September 22, 2021SELAMAT HARI KANAK-KANAK
November 20, 202129hb. September merupakan Hari Jantung Sedunia yang disambut pada setiap tahun di seluruh dunia bagi menyebarkan dan meningkatkan kesedaran serta kefahaman masyarakat tentang pentingnya penjagaan kesihatan jantung.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penyakit jantung adalah punca utama kematian di seluruh dunia dan diramalkan menjelang 2030 seramai 23.6 juta penduduk di seluruh dunia akan menghidap penyakit jantung kronik.
Terdapat perkara yang diberi penekanan oleh KKM untuk perhatian kita semua bagi mendapatkan jantung yang sihat :
- Melakukan senaman membantu merehatkan pembuluh darah dan merangsang penghasilan Nitrik Oksida (NO) dalam badan yang membantu melindungi sistem kardiovasikular.
- Mengambil Diet Yang Seimbang dengan mengambil makanan yg kaya EPA & Asid Lemak DHA Omega-3 boleh mengurangkan risiko serangan jantung.
- Mengawal berat badan dapat memberikan berat badan yang ideal & membantu arteri darah mengembang dan melancarkan aliran darah.
- Senaman, diet seimbang, dan kurangkan berat badan dapat menyumbang kpd kesihatan Endothelial (sejenis sel jaringan membentuk Endothelium)
Di kesempatan ini juga, kami Pengerusi, Penggerak dan Sukarelawan MCG ingin mengucapkan Salam Hari Jantung Sedunia kepada seluruh rakyat di Malaysia dan ingin mengajak sahabat-sahabat semua untuk memulakan gaya hidup sihat dengan menjaga pemakanan dan menjadi lebih aktif setiap hari, ini kerana risiko penyakit ini boleh dicegah melalui gaya hidup yang sihat.
Sabda Rasulullah SAW:
إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ حَيْثُ خَلَقَ الدَّاءَ خَلَقَ الدَّوَاءَ فَتَدَاوَوْا
Maksudnya : “Sesungguhnya Allah ketika menciptakan penyakit diciptakan bersekali ubat maka berubatlah.”
(Riwayat Ahmad)
Sebagai umat Islam, kita dituntut untuk menjaga kesihatan dan kecergasan fizikal bagi mendapatkan tubuh badan yang sihat. Semoga kita semua terus diberi nikmat kesihatan oleh Allah SWT untuk menjalankan ibadah dan memanfaatkan nikmat yang diberi kearah jalan yang diredhaiNya.
Allahumma Aamiin.