SELAMAT HARI KANAK-KANAK
November 20, 2021TAKZIAH MANGSA LETUSAN GUNUNG BERAPI SEMERU
December 7, 20213hb. Disember setiap tahun diiktiraf sebagai Hari Orang Kelainan Upaya (OKU) Sedunia yang bertujuan bagi menggalakkan hak dan kesejahteraan orang kelainan upaya dalam segala aspek pembangunan dan sosial.
Dikesempatan ini, kami Pengerusi, Pengerak dan Sukarelawan NGO MCG ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari OKU Sedunia kepada seluruh warga OKU di Malaysia khususnya.
Orang Kelainan Upaya atau OKU bukanlah individu yang lemah walaupun mereka mempunyai ketidakupayaan fizikal atau mental. Bahkan keteguhan dan kegagahan mereka dalam mendepani kehidupan penuh cabaran ini sering menjadi inspirasi kepada golongan bukan OKU.
Walau bagaimanapun, mereka masih memerlukan kemudahan dan bantuan untuk membenarkan mereka menjalani rutin harian mereka dengan sejahtera.
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda :
إِنَّ اللَّهَ لا يَنْظُرُ إِلَى صُوَرِكُمْ وَأَمْوَالِكُمْ وَلَكِنْ يَنْظُرُ إِلَى قُلُوبِكُمْ وَأَعْمَالِكُمْ
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT tidak melihat kepada rupa dan harta kamu. Akan tetapi Allah SWT melihat kepada hati dan amalan kamu”. (Riwayat Muslim)
Semoga hati kita sentiasa dilindungi daripada sifat-sifat buruk dan terus prihatin dan cakna terhadap golongan OKU serta dapat menyatukan hati kita semua.
Allahumma Aamiin.