SELAMAT HARI PAHLAWAN, WIRA NEGARA
July 31, 2022Program Serahan Fidyah MAIS di Selangor, MCG Berjaya Diagihkan Barangan Kepada 36 Penerima
January 3, 2023Assalamu’alaikum wbt Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah SWT.
Alhamdulillah, syukur kita panjatkan kehadrat Allah SWT atas limpah dan kurniaNya, segala dugaan dan cabaran yang dihadapi pada tahun 2022 telah berjaya kita tempuhi. Semoga tahun 2023 ini menjadi tahun yang sentiasa memberi keinsafan, sinar dan seri baru buat kita semua.
Sempena memasuki tahun baru 2023, kami NGO MCG ingin mengajak saudara-saudara dan sahabat-sahabat semua sama-sama meletakkan azam yang tinggi pada tahun ini agar dapat terus berusaha meningkatkan dan menyebarkan amalan kebaikan supaya mampu membina Ummah yang cemerlang dan menjadi penerus pemimpin agama.
Kami Pengerusi, Penggerak dan Sukarelawan MCG ingin mengambil kesempatan disini untuk menzahirkan ucapan jutaan terima kasih kepada Sahabat-sahabat Penderma dan Rakan-rakan Strategik MCG yang tidak henti memberikan sokongan dan sentiasa bersama-sama kami dalam menjayakan setiap usaha kami dalam usaha menyantuni Ummah di serata pelusuk dunia sehingga berjaya.
Semoga Ukhuwah Dan Kerjasama ini akan menjadi bekalan dan hujjah untuk kita sama-sama mendapat naungan Allah SWT di Padang Mahsyar kelak.
Firman Allah SWT dalam Surah Al-Hadid ayat 21:
Maksudnya: “Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal yang baik) untuk mendapat keampunan daripada Tuhan kamu, dan mendapat syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya; yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar.”
Bukan sahaja kita bakal memasuki tahun baru, namun berbaki 80 hari sahaja lagi kita akan dipertemukan dengan bulan Ramadan 1444H, bulan yang ditunggu kedatangannya oleh seluruh umat Islam setiap tahun.
Justeru, marilah sama-sama kita mempersiapkan diri dengan melakukan amalan-amalan sunat seperti berpuasa pada hari Isnin dan Khamis, bersedekah, sentiasa bermunajat serta memohon keampunan kepada Allah SWT bagi mempersiapkan diri mengharungi bulan Ramadan yang hampir tiba.
Moga dengan niat dan azam yang dibina lebih awal, ianya dapat mempersiapkan diri berusaha menjadi yang terbaik dalam menuju bulan mulia bulan Ramadhan.
Mari kita sama-sama memanjatkan doa kepada Allah SWT agar dianugerahkan kesempatan kepada kita bertemu dengan bulan Ramadhan tahun ini.
Allahumma Aamiin.
Setiausaha Agung,
MCG (Pertubuhan Pencinta Muslim Sedunia @ Muslim Care Global)
012-6935938
www.muslimcareglobal.com