Program Menyantuni Anak-anak Kemboja – Wakaf4Ummah
January 10, 2023Kelembutan Seorang Mukmin: Kebaikan Melawan Keburukan
January 12, 2023Assalamualaikum WBT Sahabat-sahabat Yang Dirahmati Allah SWT.
Alhamdulillah, hari ini, 11hb. Januari 2023 bersamaan 18 Jamadil Akhir 1444H, berbaki hanya 70 hari sahaja untuk kita ditemukan dengan bulan Ramadan Al-Mubarak pada tahun ini. Insha’Allah.
Bersempena menanti kehadiran bulan Ramadan, kami kongsikan 3 amalan sunat yang sangat digalakkan untuk dilaksanakan oleh Umat Islam.
3 AMALAN SUNAT YANG SANGAT DIGALAKKAN
Berpuasa Sunat Tiga Hari Setiap Bulan.
Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam satu bulan, sama halnya dengan berpuasa sebulan penuh.”
(HR Muslim No: 1967)
Melaksanakan Solat Sunat Dhuha 2 Rakaat.
Daripada Abi Zar RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Pada pagi hari, setiap sendi salah seorang daripada kamu memerlukan kepada sedekah. Maka setiap tasbih (subhanallah) itu adalah sedekah, setiap tahmid (alhamdulillah) itu adalah sedekah, setiap takbir (allahuakbar) itu adalah sedekah, menyuruh berbuat perkara yang baik adalah sedekah, melarang daripada perkara yang mungkar adalah sedekah. Dan semua itu cukup (bersedekah kepada semua sendi itu) dengan dua rakaat yang telah didirikan oleh seseorang itu daripada solat Dhuha.”
(HR Muslim No:720)
Melakukan Solat Sunat Witir Sebelum Tidur.
Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Siapa di antara kalian yang khuatir tidak boleh bangun di akhir malam, hendaklah ia witir sebelum tidur. Dan siapa yang yakin mampu bangun di akhir malam, hendaklah ia witir di akhir malam, kerana bacaan di akhir malam akan dihadiri (oleh para Malaikat) dan hal itu adalah lebih utama.”
(HR. Muslim No: 755)
Dikesempatan ini kami MCG ingin mengajak sahabat-sahabat untuk kita bersama-sama mempersiapkan diri dengan memperbanyakkan berdoa dan melatih diri melaksanakan amalan-amalan sunat sebagai persediaan menuju bulan Ramadan.
Moga dengan niat dan azam yang dibina lebih awal, ianya dapat mempersiapkan diri dengan berusaha menjadi yang terbaik dalam menuju bulan Ramadhan.
Mari kita sama-sama memanjatkan doa kepada Allah SWT agar dianugerahkan kesempatan kepada kita bertemu dengan bulan Ramadhan 1444H.
Allahumma Aamiin.
Setiausaha Agung MCG,
b/p Pengerusi Dan Penggerak MCG,
(Pertubuhan Pencinta Muslim Sedunia @ Muslim Care Global)
Hj. Zakaria : 012 – 693 5938
NOTA UNTUK PENDERMA
Sahabat-sahabat yang ingin menyumbang untuk Misi-misi MCG, boleh salurkan sumbangan sahabat-sahabat melalui akaun kami seperti berikut :
PERTUBUHAN PENCINTA MUSLIM SEDUNIA (MUSLIM CARE GLOBAL)
RHB BANK : 2-12523-6001152-6
MAYBANK : 5624-7816 – 8967
Disamping itu, mohon sahabat-sahabat maklumkan info sumbangan melalui WhatsApp kepada nombor telefon yang disertakan untuk tindakan kami selanjutnya :
Hj. Zakaria : 012 – 693 5938