Kelembutan Seorang Mukmin: Kebaikan Melawan Keburukan
January 12, 2023MCG Winter Aid 4 Ummah – Documenting the Missions in Syria – D’Antara Sempadan di RTM TV1, Januari 2023
January 15, 2023
Ingat! Virus Covid-19 masih berada di sekeliling kita
Dunia terus dibimbangi dengan penularan wabak Covid-19. Virus Covid-19 terus menerus berkembang dan mengalami mutasi lebih cepat sehingga mewujudkan pelbagai varian2 baru.
Sejak Februari 2022, lebih 98% varian SARS-CoV-2 yang menular di serata dunia adalah jenis Omicron.
Pada Oktober lalu, varian XBB berevolusi daripada varian Omicron telah menular dalam negara Malaysia. Varian ini dikatakan bersifat sangat kebal dan mudah menular. Sehingga Disember 2022, XBB menjadi varian utama yang menular dalam kalangan rakyat Malaysia.
Manakala varian BA.5.2 dan BF.7 merupakan varian baru yang tergolong dalam sublineage Omicron dan merangkumi lebih kurang 80% daripada varian yang menular di negara China juga telah memasuki Malaysia.
Setakat 31 Disember 2022 sebanyak 4,148 kes telah dijangkiti dengan BA.5.2 manakala 3 kes pula dijangkiti dengan BF.7.
Kami kongsikan beberapa pautan mengenai subvarian baharu Covid-19 ini untuk rujukan dan panduan sahabat-sahabat:
https://www.sinarharian.com.my/…/covid-19-dunia-diancam…
https://pku.upm.edu.my/artikel/varian_ba52_dan_bf7-70638
https://sinarplus.sinarharian.com.my/…/varian-ba-5-2…/
Dikesempatan ini, kami Pengerusi, Penggerak dan Sukarelawan MCG ingin mengajak sahabat-sahabat untuk sama-sama mematuhi saranan dan nasihat2 yang sering ditekankan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu:
- Elak 3S dan Amal 3W
https://www.mkn.gov.my/…/terus-amalkan-3w-dan-elakkan-3c/
- Amalkan TRIIS
https://covid-19.moh.gov.my/…/fasa-peralihan-ke-endemik…
- Jalani Ujian Covid-19 sekiranya Bergejala
- Individu yang belum menerima dos penggalak vaksin Covid-19 dinasihatkan agar segera mendaftar dan mendapakan vaksin ini bagi melindungi diri dan orang tersayang.
Marilah kita sebagai rakyat Malaysia berganding bahu dan memainkan peranan penting dalam mengekang penularan wabak merbahaya Covid-19 daripada meragut lebih banyak nyawa lagi.
Semoga Allah SWT merahmati dan melindungi kita semua dari sebarang musibah yang boleh menjejaskan keimanan, amal ibadah dan akhlak. Moga Allah SWT mengangkat segala wabak penyakit, Sesungguhnya Allah Yang Maha Menyembuhkan.
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ البَرَصِ، وَالْجُنُونِ، وَالْجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّئِ الْأَسْقَامِ
“Ya Allah! Aku memohon perlindungan-Mu daripada penyakit sopak, gila, kusta dan penyakit-penyakit yang buruk.”
رَبَّنَآ اٰتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَّفِى الْاٰخِرَةِ حَسَنَةً وَّقِنَا عَذَابَ النَّارِ
“Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan lindungilah kami dari azab neraka.”
Allahumma Aamiin.
Setiausaha Agung,
MCG (Pertubuhan Pencinta Muslim Sedunia @ Muslim Care Global)
012-6935938
www.muslimcareglobal.com