Merantaulah Menjelajahi Bumi
February 2, 2023GEMPA BUMI MENGGEGARKAN TURKIYE DAN SYRIA
February 6, 2023MCG MEMBANTAH DAN MENGUTUK SEBARANG TINDAKAN BERBENTUK ISLAMOPHOBIA
Umat Islam terus dicabar. Pada 21hb. Januari 2023, kemarahan umat Islam dicabar apabila seorang pemimpin ahli politik sayap kanan Sweden, Rasmus Paludan telah melakukan sebuah provokasi yang serius terhadap umat Islam di seluruh dunia dengan membakar senaskhah kitab suci Al-Quran.
Tindakan berbentuk Islamophobia ini telah dilakukan di hadapan Kedutaan Turkiye di Stockholm, Sweden sebagai tanda bantahan selepas Turkiye dikatakan membantah keanggotaan Sweden dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).
Rasmus Paludan pada awalnya telah membakar senaskhah Al-Quran berhampiran sebuah masjid di Copenhagen, sebelum naskhah kedua di bakar di hadapan kedutaan Turkiye.
Tindakan pembakaran Al-Quran ini telah mendapat kecaman dunia khususnya negara-negara Islam termasuk negara Malaysia sendiri.
Tidak berakhir disitu sahaja, keesokannya seorang pemimpin kumpulan pelampau Pegida Belanda, Edwin Wagensveld pula telah bertindak mengoyak senaskhah Al-Quran kemudian memijaknya dalam satu kejadian di The Hague.
Kami kongsikan disini beberapa pautan mengenai isu Rasmus Paludan dan Edwin Wagensveld atas tindakan anti-Islam mereka untuk rujukan dan panduan sahabat-sahabat:
https://www.bharian.com.my/…/dunia-mengecam-pembakaran…
https://www.kosmo.com.my/…/rasmus-paludan-bakar-lagi…/
https://www.sinarharian.com.my/…/arab-saudi-kecam…
https://www.youtube.com/watch?v=v2ghZ0kAVs0
https://www.youtube.com/watch?v=lls6oGmZVhc
Sebagai sebuah NGO Islam yang bernaung di bawah PIBK-MAIS, kami Pengerusi, Penggerak dan Sukarelawan MCG mengecam tindakan provokatif dan terkutuk ini serta menuntut agar pihak yang terlibat dikenakan tindakan undang2 yang sewajarnya agar maruah dan kemuliaan agama Islam tidak lagi dipijak dan dipermainkan.
Marilah kita sama-sama mendoakan semoga Allah SWT merahmati dan melindungi kita, umat Islam daripada sebarang bahaya yang membawa kepada keruntuhan akidah. Moga Allah SWT memimpin kita menjadi ummah yang kuat dalam mempertahankan agama Islam.
Allahumma Aamiin.
Setiausaha Agung,
MCG (Pertubuhan Pencinta Muslim Sedunia @ Muslim Care Global)
012-6935938