
Galakkan Melaksanakan Solat Witir
October 26, 2023
Kempen Kutipan Dana Untuk MCGAid4Gaza Masih Berjalan
October 29, 2023Misi MCG + YUMP – Kembara Eksplorasi Asean @ Tay Ninh, Vietnam
Sokongan Masyarakat Islam DiPerluKan Bagi MenghidupKan Sinar Dakwah Di Bumi Vietnam
Kempen Kutipan Dana Untuk MCGAid4Gaza @ MCGAid4Palestine Masih Berjalan
Dalam kesibukan menguruskan Misi Bantuan Kecemasan MCG Aid4Gaza, Misi-misi yang telah dirancang akan terus dilaksana mengikut jadual yang telah dirancang.
Antara Misi-misi Yang Akan Dilaksanakan Dalam Bulan November 2023 adalah:
- MISI MCG + YUMP, KEMBARA EKSPLORASI ASEAN @ TAY NINH, VIETNAM 14 – 17 November 2023.
- MISI MCG WINTERAID4SYRIA 12 – 18 November 2023.
- KLINIK TAJWID MCG Dİ SABAH UNTUK ANAK2 ASNAF DI TUARAN SABAH 18 November 2023.
Untuk perkongsian ini, kami kongsikan info Misi MCG + YUMP Kembara Eksplorasi Asean @ Tay Ninh, Vietnam dari 14hb – 17hb November 2023 Untuk rujukan dan tindakan sahabat-sahabat semua.
Vietnam merupakan sebuah negara Asia Tenggara yang timur di Semenanjung Indochina. Kepadatan penduduk negara ini telah meletakkan Vietnam sebagai negara ke-9 teramai di Asia.
Sejak abad ke-7, Islam telah mula memasuki Vietnam melalui pedagang Arab dari Timur Tengah, India dan Cina dengan menjalinkan hubungan dagang bersama Kerajaan Champa. Islam mulai menyebar dalam masyarakat Champa sehingga banyak masjid2 yang didirikan.
Namun, Kerajaan Champa yang menguasai kawasan tengah dan selatan Vietnam telah jatuh pada awal abad ke-19 akibat peperangan dan tekanan daripada Kerajaan Annam yang muncul di Utara Vietnam dan Selatan China.
Pertempuran yang tercetus itu telah mengakibatkan masyarakat Melayu Champa menjadi pelarian termasuk raja terakhir mereka yang beragama Islam yang mencari perlindungan di Kemboja. Akibat tekanan yang diterima, kebanyakan mereka telah berhijrah ke Kemboja dan sebahagian yang lain pula berhijrah ke Kelantan serta Melaka.
Kini, daripada jutaan penduduk di Vietnam, kurang daripada 0.1 peratus adalah mereka yang memeluk agama Islam.
Insha’Allah. MCG dengan Kerjasama Siswa Yayasan Universiti Malaysia Pahang (YUMP) akan menjayakan Program Eksplorasi Asean @ Tay Ninh, Vietnam bermula 12hb. November 2023 sehingga 17hb. November 2023 dengan membawa pendekatan dakwah, pendidikan dan kebajikan buat masyarakat di sana.
Selain dari itu Wakil-wakil dari Politeknik Kuala Terengganu dan Regional Development Community (RDC) akan turut menyertai misi ini. Insha’Allah.
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
Maksudnya: “Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya.”
(Hadis Riwayat Muslim, al-Nasa’i, al-Tirmizi dan Abu Daud)
Ayuh sahabat-sahabat, terus bersama kami dalam usaha-usaha dakwah ini kerana nadi kejayaan usaha ini adalah daripada sokongan dan sumbangan sahabat-sahabat serta para penderma disamping keizinan Allah SWT.
Kepada sahabat-sahabat yang ingin menyumbang untuk Program Ekplorasi Asean @ Tay Ninh, Vietnam ini, boleh menyalurkan sumbangan sahabat-sahabat ke akaun yang tertera pada nota di bawah atau pada poster yang kami siarkan bersama.
Segala sokongan dan sumbangan sahabat-sahabat semua, kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Semoga Allah SWT sentiasa merahmati dan membalas segala keikhlasan sahabat-sahabat dengan ganjaran yang lumayan di dunia juga di Akhirat.
Allahumma Aamiin.
Setiausaha Agung,
MCG (Pertubuhan Pencinta Muslim Sedunia @ Muslim Care Global).
Hj. Zakaria : 012 – 693 5938
NOTA UNTUK PENDERMA:
Sahabat-sahabat yang ingin menyumbang Untuk Misi-misi MCG, boleh salurkan sumbangan sahabat-sahabat melalui akaun kami seperti berikut :
PERTUBUHAN PENCINTA MUSLIM SEDUNIA (MUSLIM CARE GLOBAL)
RHB BANK : 2-12523-6001152-6
MAYBANK : 5624-7816 – 8967
Disamping itu, mohon sahabat-sahabat maklumkan info sumbangan melalui WhatsApp kepada nombor telefon yang disertakan untuk tindakan kami selanjutnya :
Hj. Zakaria : 012 – 693 5938