SEMBAH TAKZIM PERTABALAN KDYMM YANG DI-PERTUAN AGONG XVII
February 1, 2024MCG SOKONG HIMPUNAN SELAMATKAN SYARIAH 09022024 DAN SERUAN TUNAIKAN SOLAT HAJAT
February 8, 2024SELAMAT HARI KANSER SEDUNIA DARIPADA KAMI MCG
Moga Kita Semua Sentiasa Beroleh Perlindungan Dari Allah SWT. Aamiin
4 Februari pada setiap tahun telah diiktiraf sebagai satu tarikh bagi sambutan Hari Kanser Sedunia yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai agar bersama-sama mengambil bahagian dalam mencegah dan mengawal penyakit kanser.
Penyakit kanser adalah penyakit yang tidak berjangkit tetapi boleh menjadi antara penyebab kematian utama bukan sahaja di Malaysia malah juga di peringkat dunia dengan trend jumlah kes dan kematian yang kian meningkat setiap tahun.
5 kanser paling lazim di Malaysia adalah kanser payudara, kanser kolorektal, kanser paru-paru, kanser nasofarinks dan yang terakhir adalah kanser hati. Menjelang 2040, penyakit kanser di Malaysia dijangka akan melonjak naik dua kali ganda.
Di kesempatan ini juga, kami Pengerusi, Penggerak dan Sukarelawan MCG ingin mengucapkan Selamat Hari Kanser Sedunia kepada pejuang kanser khususnya di Malaysia dan ingin mengajak sahabat-sahabat semua untuk memulakan gaya hidup sihat dengan menjaga pemakanan dan menjadi lebih aktif setiap hari, ini kerana sebanyak 30-50% risiko kanser boleh dicegah melalui gaya hidup yang sihat.
Daripada Abu Zar, Rasulullah SAW bersabda bahawa Allah SWT berfirman:
“Wahai hamba-hambaKu, sesungguhnya Aku mengharamkan kezaliman atas zatKu, dan Aku jadikannya antara kamu perkara yang diharamkan maka jangan kamu saling zalim menzalimi.”
(Hadis Riwayat Muslim)
Semoga kita semua terus diberi nikmat kesihatan oleh Allah SWT untuk menjalankan ibadah dan memanfaatkan nikmat yang diberi kearah jalan yang diredhaiNya.
Aamiin Allahumma Aamiinn.
Setiausaha Agung MCG,
b/p Pengerusi Dan Penggerak MCG,
(Pertubuhan Pencinta Muslim Sedunia @ Muslim Care Global)
Hj. Zakaria : 012 - 693 5938