DANA KEBAJIKAN BENCANA BANJIR DI YAN, KEDAH

Share This Post

Kelmarin. Isnin. 23hb. Ogos 2021.

Sedikit perkongsian pengalaman MCG menyantuni saudara-saudara kita di kaki Gunung Jerai.

Fasa pembersihan telah hampir selesai. Fasa seterusnya adalah membangunkan semula harapan dan kehidupan saudara-saudara kita yang ditimpa bencana ini.

Berkat sokongan dan sumbangan sahabat-sahabat semua, MCG berjaya mengagihkan beberapa keperluan rumah seperti dapur, rice cooker, bantal, selimut, kit solat dan sedikit pek makanan. Dengan sokongan dan sumbangan yang berterusan daripda sahabat-sahabat semua, Insha’Allah, kami MCG akan mengusahakan misi susulan dalam masa terdekat.

MCG ingin mengajak sahabat-sahabat penderma untuk menyumbang bagi menaja pakej-pakej bantuan yang kami usahakan iaitu:

  1. Kit solat (telekung, kain pelekat, sejadah, buku Fiqh Ibadah Masa Bencana) RM100/1Lot.
  2. Keperluan asas rumah (dapur, rice cooker, bantal, selimut dan seumpamanya) RM100/1Lot.
  3. Bantuan kebajikan mangsa banjir RM100/1Lot.
  4. Pek makanan RM100/Keluarga.

Dari Nu’man bin Basyir RA berkata Rasulullah SAW: “Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal saling mencintai, saling menyayangi dan saling menyantuni adalah bagaikan satu tubuh; jika salah satu anggota tubuh merasakan sakit, niscaya seluruh anggota tubuh lainnya ikut merasakannya dengan tidak bisa tidur dan demam.”

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Terima kasih YB Al-Fadhil Ustaz Mohd Azam Abdul Samat dan petugas-petugas di Pusat Operasi Banjir Jerai, Yan, Kedah atas penerangan dan kerjasama. Terima kasih kepada sahabat dan penderma MCG yang terus menerus mendoakan dan menyumbang bagi menjayakan misi-misi di dalam dan di luar negara.

Moga Allah SWT menganugerahkan ketabahan dan kekuatan kepada saudara-saudara kita yang sedang diuji dengan bencana banjir ini.

Moga segala sokongan dan kerjabuat ini mendapat perhatian dari Allah swt dan membalasnya dengan ganjaran yang lumayan.

Aamiin Allahumma Aamiin.

More To Explore