SELAMAT HARI KEBANGSAAN

Salam Hari Kebangsaan Yang Ke-64 dari kami Pengerusi, Penggerak serta Sukarelawan MCG buat seluruh rakyat Malaysia walau dimana jua anda berada. Bersempena Ulangtahun Hari Kebangsaan Negara yang Ke-64, marilah kita sama-sama menadah tangan mendoakan kesejahteraan buat Negara kita yang tercinta agar kemerdekaan yang dikecapi dapat terus dirasai dan dipertahankan. Semoga kemerdekaan yang kita nikmati hari […]

DANA KEBAJIKAN BENCANA BANJIR DI YAN, KEDAH

Kelmarin. Isnin. 23hb. Ogos 2021. Sedikit perkongsian pengalaman MCG menyantuni saudara-saudara kita di kaki Gunung Jerai. Fasa pembersihan telah hampir selesai. Fasa seterusnya adalah membangunkan semula harapan dan kehidupan saudara-saudara kita yang ditimpa bencana ini. Berkat sokongan dan sumbangan sahabat-sahabat semua, MCG berjaya mengagihkan beberapa keperluan rumah seperti dapur, rice cooker, bantal, selimut, kit solat […]

MALAYSIA KEHILANGAN PERMATA SENI TANAH AIR

Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un. Allahyarham Siti Sarah Raisuddin, yang merupakan penggiat seni tanah air menghembuskan nafas terakhir Di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) akibat pandemik Covid-19. Menurut Sumber, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin telah dimasukkan ke hospital pada Jumaat lalu kerana mengalami paras oksigen rendah sehingga […]

MISI BANTUAN COVID 19 MCG DITERUSKAN

Alhamdulillah. Berkat sokongan dan sumbangan sahabat-sahabat penderma semua, MCG telah berjaya mengagihkan bantuan keperluan barang dapur kepada 30 Keluarga di Bandar Klang, Selangor. Mereka yg dibantu terdiri daripada mereka yg terjejas pendapatan akibat pelaksanaan perintah kawalan pergerakan oleh pihak kerajaan. Ada antara mereka yang direhatkan kerja, diberhentikan kerja, putus punca pendapatan dan sebagainya. Mereka juga […]

SELAMAT HARI PAHLAWAN

Sempena Memperingati Hari Pahlawan yang jatuh pada hari ini, 31 hb. Julai, kami Pengerusi, Penggerak dan Sukarelawan NGO MCG ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Pahlawan buat seluruh Perajurit Negara. Sesungguhnya kemerdekaan dan kebebasan yang kita nikmati selama ini adalah antara hasil keringat, darah serta pengorbanan besar perajurit negara yang sanggup melakukan apa saja demi […]

SELAMAT HARI KESEDARAN HEPATITIS

28hb. Julai merupakan Hari Kesedaran Hepatitis yang disambut pada setiap tahun di seluruh dunia yang bermatlamat meningkatkan kesedaran mengenai penyakit berbahaya ini yang boleh membawa kepada radang hati serta penyakit hati yang kronik. Menurut Konsultan dan Pakar Gastroenterologi (HUSM) Dr. Rosemi Salleh, Hepatitis atau disebut sebagai Keradangan hati adalah penyakit berbahaya malah 100 kali lebih […]

PELAKSANAAN MISI QURBAN & AQIQAH 1442H

Assalamu’alaikum WBT sahabat-sahabat yang dirahmati Allah SWT. Salam AidilAdha 1442H. Maaf Zahir Dan Batin. Dikongsikan di sini progress Perlaksanaan Misi Ibadah Qurban Dan Aqiqah MCG Bagi Tahun 1442H utk rujukan sahabat-sahabat yang dirahmati Allah SWT. PROGRESS PERLAKSANAAN MISI IBADAH QURBAN DAN AQIQAH MCG 1442H PAKEJ A Lembu RM1900 / 1 Bahagian Palestine Tarikh Perlaksanaan Qurban […]

TABUNG COVID-19 TERUS DIJALANKAN

Kempen Kutipan Dana MCG Tabung Covid-19 terus berjalan. Insha’Allah. Esok 8hb. Julai 2019, MCG bersama seorang Rakan Dermawan MCG akan mengagihkan Bantuan Kebajikan kepada 50 keluarga dikalangan golongan yang terkesan akibat Pandemik Covid19 di sekitar Shah Alam. Alhamdulillah. Minggu lalu MCG melalui insiatif Pengerusi kami En Sham Bin Samad, telah menganjurkan Program ‘Mini Food Bank’ […]

DANA BANTUAN BUAT 5 BERADIK DI KUALA NERANG

اللهم صلى على سيدنا محمد Salam Sayyidul Ayyam diucapkan kepada sahabat-sahabat semua yang dirahmati Allah SWT. Di malam Jumaat yang penuh keberkatan ini, kami NGO MCG ingin mengambil kesempatan untuk melancarkan Kempen Kutipan Dana Kebajikan bagi membantu meringankan kesusahan yang dihadapi oleh Kak Long Nurfarra bersama 4 adiknya yang terpaksa meneruskan kehidupan tanpa ibubapa mereka. […]