TAKZIAH BUAT SELURUH AHLI KELUARGA ADIK RAYAN ORAM

‎إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ Dunia dikejutkan dengan berita seorang kanak2 lelaki Maghribi berumur 5 tahun dipercayai telah terjatuh dan terperangkap di dalam perigi sempit sedalam 32 meter. Allahyarham adik Rayan Oram terjatuh ke dalam perigi milik bapanya ketika sedang bermain di kawasan rumahnya di Ighran, wilayah Chefchaouen. Pasukan penyelamat Maghribi bertungkus lumus menjalankan misi […]

HARI KEPUTERAAN SULTAN SELANGOR

Merafak Sembah Setinggi-tinggi Tahniah Dan Ucap Selamat Sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj yang ke-76 dari kami Pengerusi, Penggerak & Sukarelawan MCG. Kami mendoakan semoga Allah SWT lanjutkan usia Tuanku, sentiasa merahmati dan menganugerahkan kesejahteraan juga kebahagiaan […]

AGIHAN FIDYAH MAIS OLEH MCG DI SEKITAR SELANGOR

Assalamu’alaikum wbt sahabat-sahabat yang dirahmati Allah SWT. Alhamdulillah, pada bulan Oktober & November 2021, MCG telah berjaya mengagihkan barangan sumbangan Agihan Fidyah MAIS (AFM) buat kali yg ke-2 dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk wakil penduduk setempat, wakil masjid, surau dan sebagainya. MCG yg bernaung di bawah PIBK MAIS telah diberi amanah bagi menjayakan Program Agihan […]

TAKZIAH MANGSA LETUSAN GUNUNG BERAPI SEMERU

Indonesia diuji lagi apabila Gunung berapi Semeru, terbesar di Pulau Jawa Indonesia meletus sejak Sabtu lalu serta memuntahkan lahar panas sehingga mengorbankan 22 mangsa setakat ini dan dilaporkan seramai 27 individu masih hilang. Status terkini, pihak SAR Indonesia terpaksa menghentikan operasi mencari dan menyelamat mangsa berikutan gunung berapi masih aktif dan terus mengeluarkan asap tebal […]

SELAMAT HARI OKU SEDUNIA

3hb. Disember setiap tahun diiktiraf sebagai Hari Orang Kelainan Upaya (OKU) Sedunia yang bertujuan bagi menggalakkan hak dan kesejahteraan orang kelainan upaya dalam segala aspek pembangunan dan sosial. Dikesempatan ini, kami Pengerusi, Pengerak dan Sukarelawan NGO MCG ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari OKU Sedunia kepada seluruh warga OKU di Malaysia khususnya. Orang Kelainan Upaya atau […]

SELAMAT HARI KANAK-KANAK

20 hb. November merupakan Hari Kanak-Kanak Sedunia yang disambut pada setiap tahun di seluruh dunia sebagai satu penghormatan dan pengiktirafan kepada generasi kanak-kanak kerana mereka inilah yang bakal menjadi pelapis pemimpin masa depan negara dan Islam. Dikesempatan ini, kami Pengerusi, Pengerak dan Sukarelawan NGO MCG ingin mengucapkan Selamat Hari Kanak-kanak Sedunia kepada semua kanak-kanak di […]

SELAMAT HARI JANTUNG SEDUNIA

29hb. September merupakan Hari Jantung Sedunia yang disambut pada setiap tahun di seluruh dunia bagi menyebarkan dan meningkatkan kesedaran serta kefahaman masyarakat tentang pentingnya penjagaan kesihatan jantung. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penyakit jantung adalah punca utama kematian di seluruh dunia dan diramalkan menjelang 2030 seramai 23.6 juta penduduk di seluruh dunia akan menghidap penyakit […]

HARI ANGKATAN TENTERA MALAYSIA KE-88

16hb. September 2021. Selamat Menyambut Hari Angkatan Tentera Malaysia Yang Ke-88 buat seluruh Angkatan Tentera Malaysia dari kami Pengerusi, Penggerak dan Sukarelawan NGO MCG. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh anggota tentera Malaysia yang sentiasa berusaha memastikan keselamatan dan kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia. Tatkala krisis melanda negara, anggota tentera terus berusaha menjalankan tugas […]

SELAMAT HARI MALAYSIA KE-58

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). […]