LET’S IMPROVE OURSELVES : FREE PALESTINE
June 4, 2020RUMAH UNTUK SYRIA
September 2, 2020Bulan Ramadhan telah melabuhkan tirai pada tahun ini. Kini, Syawal pula kian hampir ke penghujungnya. Dua bulan yang memberikan pelbagai ibrah dan mafaat kepada ummat Islam. Antara peristiwa penting yang perlu diingati oleh ummat Islam yang berlaku dalam bulan Syawal yang menjadikan iktibar serta pemangkin semangat buat kita bersama, antaranya Perang Uhud, Perang Bani Qainuqa, Perang Bani Sulaim, Perang Khandaq, Perang Hunain dan Perang Thaif.
Kesatuan dan pengorbanan ummat Islam dahulu dalam usaha berjuang meraih kemenangan dan mengembangkan Islam ke seluruh pelusuk dunia. Sayang sekali perjuangan mereka itu terhenti disebabkan kita pada hari ini. Ummat Islam pada hari ini semakin hari semakin banyak menghadapi isu serta krisis peperangan, pergolakan politik, penindasan terhadap golongan minoriti, penyekatan hak pendidikan serta pengajian Islam untuk di aplikasi dalam hidup serta musuh Islam semakin rancak menindas ummat Islam. Lantas, apa peranan yang telah kita lakukan untuk membantu saudara-saudara seakidah kita?
Perhatikanlah, mereka tetap terus berjuang mempertahankan hak-hak mereka dari terus dirampas musuh laknatullah itu namun sayangnya kudrat yang ada tidak mencukupi jika kita tidak turut bersama membantu mereka. Bagaimana caranya?
Kita belum tentu mampu untuk berjuang sepertimana mereka mengorbankan jiwa dan raga demi mempertahankan akidah dan keimanan namun kita masih ada kekuatan lain untuk bantu mereka iaitu kekuatan ekonomi yang kita ada.
Permintaan amat tinggi daripada saudara-saudara kita di serata pelusuk dunia malah serta di Malaysia bagi meneruskan usaha-usaha dakwah, pendidikan serta kebajikan umaat Islam. Justeru, MCG hadir bagi meneruskan usaha melaksanakan misi-misi ini dengan memberi tumpuan kepada beberapa lokasi, antaranya, Asia Tenggara (Kemboja, Vietnam, Thailand, India, Pakistan, Sri Lanka, Indonesia, Filipina, Papua New Guinea), Eropah dan Oceania (Belarus, Bosnia, Poland, France, New Zealand, Australia), Afrika (Chad, Uganda, Gambia, Nigeria, Pulau Comoros, Niger, Cameroon, Ivory Coast), Bumi Anbiya (Palestine, Syria, Yemen, Mesir) dan idak dilupakan juga tumpuan untuk menyebarkan kemanisan Islam ini di Malaysia juga.
Tidak mengapa jika anda tidak mampu untuk menyumbang, sekurang-kurangya info ini terus disebarkan kepada semua rakan-rakan dan keluarga kita. Mungkin dengan usaha kita ini, Allah menggerakkan hati-hati yang menerima info daripada kita ini untuk menyalurkan sumbangan maka anda juga mendapat saham pahala.
Sumbangan boleh disalurkan melalui perbankan internet :
Penama : PERTUBUHAN PENCINTA MUSLIM SEDUNIA (MUSLIM CARE GLOBAL)
No. Akaun Maybank : 5624-7816-8967
No. Akaun RHB BANK : 2-12523-6001152-6
- Anda mesti memasukkan emel muslimcareglobal@gmail.com di ruangan emel semasa melakukan transaksi menerusi Perbankan Internet.
- Anda mesti mengambil dan memuat naik gambar bukti pembayaran ke nombor yang diberikan jika anda melakukan transaksi menerusi Mesin Deposit Tunai.
- Maklumkan info sumbangan melalui WhatsApp kepada nombor telefon yang disertakan untuk tindakan kami selanjutnya :