BEKAS KETUA HAKIM NEGARA TUN DR. MOHAMED SALLEH ABAS MENINGGAL DUNIA
January 16, 2021TAKZIAH BUAT SELURUH AHLI KELUARGA ADIK AMIR QUSYAIRI
February 1, 2021Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un.
Allahyarham Dr. Ali Noor Bin Hassan merupakan petugas barisan hadapan kesihatan yang telah kembali kerahmatullah pada 18 Januari 2021 di Hospital Kuala Lumpur.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah punca kematian Allahyarham Dr. Ali Noor Bin Hassan disebabkan oleh pendarahan dalam otak & bukanlah disebabkan oleh kelesuan mahupun bebanan kerja. Allahyarham Dr. Ali Noor dikatakan mengalami penyakit ‘aneurysm’ dalam otak dan telah menjalani beberapa sesi rawatan sejak awal Disember tahun lalu.Allahyarham yang juga merupakan Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) dikatakan seorang Pegawai Perubatan KKM yang amat disenangi oleh rakan-rakan sekerja, pesakit dan masyarakat di kawasan setempat beliau.
Dikesempatan ini, kami Pengerusi, Penggerak dan Sukarelawan MCG ingin menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Dr. Ali Noor. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat-Nya ke atas Dr. Ali Noor Bin Hassan dan menempatkannya dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.
Kami juga mendoakan semoga seluruh pasukan barisan hadapan diberi kekuatan dan perlindungan Allah SWT dalam memastikan negara kita berjaya melawan wabak Covid-19.
Allahumma Amin.