PERGINYA SEORANG FRONTLINER MENEMUI SANG PENCIPTA
January 20, 2021SUMBANGAN PEK MAKANAN DI HOSPITAL SHAH ALAM
February 19, 2021
Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un.
Jumaat. 29 Januari 2021 lalu, Malaysia digemparkan dengan berita menyayat hati apabila dikhabarkan adik Zubaidi Amir Qusyairi menemui Sang Pencipta dalam keadaan yang amat menyentuh hati kita semua meninggal dunia akibat tindakan yang tidak berperikemanusiaan, didera oleh keluarga kandungnya.
Menurut sumber berita, terdahulu Allahyarham adik Amir telah diserahkan kepada keluarga kandungnya pada Oktober tahun lalu berikutan ibu kandungnya menuntut kembali hak penjagaan anaknya untuk dibawa pulang ke Melaka. Adik Amir telah dijaga oleh keluarga angkatnya selama 6 tahun sejak dari seusia 2 bulan.
Menurut ibu angkatnya, Pn Norlida Abu Hassan, adik Amir disifatkan sebagai seorang anak yang sangat cerdik dan amat memahami. Bahkan sudah mampu menghafal beberapa surah dalam Al-Quran di usia 6 tahun.
Sesungguhnya anak adalah anugerah Allah SWT yang cukup bernilai kepada ibubapa. Mereka juga amanah untuk dipelihara dengan sempurna termasuk memastikan keselamatan mereka di dunia mahupun di Akhirat.
Kami NGO MCG ingin mengajak para ahabat semua untuk kita sama-sama mengambil iktibar daripada peristiwa sedih yang terjadi ini untuk kita meningkatkan kesedaran sesama kita dan masyarakat agar lahir rasa tanggungjawab dan saling membantu dalam menjaga amanah kurniaan Ilahi ini.
Allahumma Amin.