
SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA KREW KAPAL SELAM KRI NANGGALA 402 INDONESIA
April 25, 2021
SELAMAT HARI PEKERJA
May 1, 2021Assalamu’alaikum WBT Sahabat-Sahabat Yang Dirahmati Allah SWT. Ramadan Kareem.
Alhamdulillah. Setelah membuat persiapan sejak berakhirnya Misi MCG Winter Aid For Syria 4.0 pada 5 hb Mac 2021 yang lalu, setelah memenuhi segala tuntutan SOP untik keluar negara, akhirnya pada 2.50 pagi ini, 28hb. April 2021, Misi MCG Kasih Ramadan Untuk Syria memulakan operasinya.
Misi yang akan beroperasi dari 28hb April hingga 9hb. Mei 2021 ini, akan dimanfaatkan utk menyampaikan Bantuan Kasih Ramadan sumbangan rakyat Malaysia kepada Saudara Pelarian Syria kita di Syria dan di kawasan Turki bersempadan dengan Syria.
Dalam masa yang sama, kami MCG sedang berusaha utnku mengagihkan Bantuan Kasih Ramadan ke Gaza Palestin, Yemen, Kashmir dalam minggu ini disamping meneruskan misi yang sama untuk membantu golongan asnaf di dalam negara kita. Insha’Allah.
Insha’Allah. Misi yang sama juga sedang diusahakan di beberapa buah negara di benua Afrika, Eropah, Oceania dan juga di negara-negara di bahagian Asia Tenggara.
Misi MCG Bantuan Kasih Ramadan Untuk Syria yang diusahakan dengan kerjasama di antara MCG, IHH, Darul Khair dan Universiti Ganziantep Turki ini diketuai oleh Timbalan Pengerusi MCG Al-Fadhil Ustaz Mujahid Yusup Al-Hafiz.
Utk info sahabat-sahabat juga, MCG akan memanfaatkan sepenuhnya misi kali ini untuk menghantar bantuan segera seperti berikut:
- Mengagihkan Bantuan Kasih Ramadan kepada anak-anak yatim, ibu tunggal, warga emas, golongan kurang upaya Dan asnaf.
- Menghantar dana untuk bekalan tepung bagi membantu operasi kilang roti yang menyediakan bekalan roti untuk pelarian sebanyak 120,000 keping roti sehari. Projek Bekalan Roti ini adalah projek utama MCG usahasama bersama NGO IHH. Tawaran tajaan tepung RM100/Lot.
- Untuk menghantar dana dan memantau progress kerja-kerja membangunkan projek MCG Shelter4Syria bagi menyediakan kediaman lebih selamat buat saudara-saudara Syria kita. Tawaran tajaan RM200/Lot Atau RM2k/Shelter.
- Menghantar dana bantuan tajaan pendidikan untuk menyediakan kemudahan pendidikan untuk anak-anak yatim Syria dan memantau keadaan pendidikan yang disediakan untuk anak-anak ini. Tawaran tajaan RM150/seorang untuk sebulan.
- Menyampaikan bantuan kebajikan berbentuk Foodpack kepada saudara-saudara Syria kita yang memerlukan. Tawaran tajaan RM100/sekeluarga.
- Menyampaikan bantuan dana untuk operasi pusat kesihatan dan pemulihan (Rehab) saudara-saudara Syria
- Yang mengalami kecederaan parah serta kehilangan anggota kekal. Tawaran tajaan untuk menguruskan pusat rehab RM100/lot.
Disamping itu, berkat sokongan dan sumbangan sahabat-sahabat semua, usaha-usaha yang dilakukan oleh MCG dalam membantu saudara-saudara Syria kita telah menarik minat pihak Universiti Gaziantep, Turki, terlibat sama bagi menjayakan Misi MCG Bantuan Kasih Ramadan kali ini. Alhamdulillah.
Kepada sahabat-sahabat yang ingin menyumbang dan menjayakan Misi MCGKasihRamadan4Syria ini, bolehlah menyalurkan sumbangan sahabat-sahabat melalui akaun yang tertera di bawah ini dan poster yang kami sertakan.
Segala sokongan dan sumbangan sahabat-sahabat semua didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Moga Allah SWT membalas segala sokongan dan sumbangan ini dengan ganjaran yang lumayan di dunia dan di akhirat.
Allahumma Aamiin.