TEAM KASIH RAMADAN SYRIA BERLEPAS KE TURKI
April 28, 2021SERAHAN SUMBANGAN KEPADA ASNAF DI KUALA LUMPUR
May 1, 20211hb. Mei 2021 Bersamaan 19 Ramadhan 1442H.
Setiap pekerjaan itu adalah amanah. Sebagai seorang Muslim, kita berkeyakinan bahawa setiap amanah yang diamanahkan pasti akan dipersoalkan oleh Allah SWT dengan seadil-adilnya di Akhirat kelak.
Besarnya tuntutan menjaga amanah ini kerana bila ianya berada di tangan seorang yang amanah dan bertanggungjawab maka ianya mampu memberi manfaat besar kepada kehidupan. Tetapi bila ianya berada di tangan seorang yang tidak amanah serta tidak bertanggungjawab maka ianya mampu memberi mudarat besar kepada kehidupan.
Mari kita sama-sama renungi dan hayati Firman Allah SWT dan Sabda Rasulullah SAW ini. Mudah-mudahan ianya dapat memberi peringatan dan motivasi kepada kita semua untuk mengambil peduli akan perkara ini.
Firman Allah SWT di dalam Al-Quran :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَخُونُوا اللَّهَ وَالرَّسُولَ وَتَخُونُوا أَمَانَاتِكُمْ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui.”
Surah Al-Anfal Ayat 27
Rasulullah SAW juga turut bersabda:
خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ
“Sebaik-baik manusia adalah orang paling bermanfaat bagi orang lain.”
(Riwayat Ibn Hibban)
Mengapa orang paling bermanfaat adalah orang terbaik? Sebab yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain akan menjadi orang yang terbaik dan orang yang paling dicintai Allah SWT.
Rasulullah SAW bersabda:
أحَبُّ النَّاسِ إلى اللهِ أنفَعُهم للنَّاسِ
“Orang paling dicintai Allah adalah orang yang paling bermanfaat bagi orang lain.”
(Riwayat at-Tabrani)
Bersempena Hari Pekerja yang jatuh pada 1hb. Mei 2020 ini, kami, Pengerusi, Pengerak Dan Sukarelawan MCG ingin mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua rakyat Malaysia.
Semoga setiap usaha dan titik peluh kita yang beriman dengan Hari Pembalasan akan beroleh keredhaan dari Allah SWT dan diterima sebagai amalan soleh disisiNya.
Semoga kita selaku warga pekerja sepenuh masa dengan Allah swt akan sentiasa beroleh keberkatan dan pimpinan dariNya untuk melaksanakan amanah yang dibebankan kepada kita dengan ikhlas dan penuh rasa tanggungjawab.
Allahumma Amiin