SELAMAT HARI BOMBA
May 4, 2021MCG KASIH RAMADAN MENYAPA SAUDARA DI GAZA
May 6, 2021Assalamu’alaikum WBT sahabat-sahabat yang dirahmati Allah SWT. Ramadan Kareem. Selamat Memburu Lailatul Qadar.
Dikesempatan malam dan bulan yang penuh keberkatan ini, kami ingin mengajak sahabat-sahabat semua untuk mengalihkan sedikit doa dan perhatian kepada saudara-saudara kita di Yaman yang sedang terus diuji dengan krisis peperangan yang melanda negara mereka.
Dalam PIC kami di Tarim, Yaman, bersiap-siap utk mengagihkan Bantuan MCG Kasih Ramadan, pada malam 2hb. Mei 2021, kami MCG menerima berita sedih dari Rakan NGO MCG di sana, yang memaklumkan bahawa sebahagian daripada wilayah Tarim telah diuji dengan banjir besar dan tanah runtuh.
Antara perkampungan yang terkesan adalah perkampungan Assoq dan Aideen Sharkiah, Wilayah Tarim. Turut terjejas adalah perkampungan al-Khelaif yang juga merupakan kampung kepada PIC MCG di Tarim iaitu saudara Fahmy Ahmad Ramadhan.
Kesan daripada banjir dan tanah runtuh tersebut, telah merosakkan puluhan rumah kediaman.
Antara yang turut terjejas adalah hospital utama di Kota Tarim dimana air banjir telah merosakkan beberapa ruangan rawatan utama di hospital berkenaan.
Setakat berita ini diterima, angka kecederaan dan kematian belum dilaporkan secara rasmi memandangkan operasi menyelamat serta memindahkan mangsa yang terjejas masih dalam proses.
Seiringan dengan perkongsian ini, kami NGO MCG mengambil inisiatif, melancarkan Kempen Kutipan Dana Kecemasan bagi meringankan kesusahan yang dihadapi oleh saudara2 kita di Yaman.
Ayuh sahabat-sahabat, dalam kita memburu Lailatul Qadar, kita ambil peluang dengan menginfakkan sedikit kesenangan kita untuk kita kongsikan dengan saudara-saudara kita di Yaman yang sedang diuji ini.
Sedikit Perkongsian Tentang Suasana Yang Dihadapi Oleh Saudara2 Yaman Kita Utk Rujukan Sahabat-Sahabat.
Pergolakkan di Yaman tercetus bilamana Arab Saudi melancarkan serangan udara ke atas negara jiran mereka Yaman pada 25 Mac 2015. Tindakan ini menandakan permulaan campur tangan tentera yang diberi nama kod Operasi Ribut Tegas. Ianya berlaku ekoran permintaan daripada kerajaan Yaman yang dipimpin oleh Presiden Abd Rabbuh Mansur Hadi.
Permintaan itu disebabkan oleh serangan Houthis menguasai ibu negara Aden. Presiden Abd Rabbuh Mansur Hadi telah melarikan diri dari Aden ke Arab Saudi. Ekoran itu Arab Saudi mengetuai gabungan sembilan Negara Arab melancarkan serangan udara di Yaman terhadap Houthi dan pasukan yang setia kepada bekas Presiden Ali Abdullah Saleh, yang telah digulingkan dalam Kebangkitan Arab Spring 2011.
Semenjak berlaku krisis peperangan di Yaman ini, negara ini terjurus kepada menjadi negara termiskin di Timur Tengah.
Saudara-saudara kita di Yaman terutama kanak-kanak berdepan dengan berbagai ancaman berpunca dari kemiskinan, sistem pemerintahan yang buruk, persekitaran yang tidak stabil dan tidak sihat serta berlakunya penindasan ke atas hak asasi manusia yang berleluasa.
Keadaan ini telah menjurus kepada berlakunya:
- Kelaparan di mana harga makanan meningkat tinggi, kehilangan sumber pendapatan dan kurangnya bekalan makanan.
- Pencemaran air dan bekalan air bersih yang terbatas mengakibatkan wabak penyakit mudah merebak.
- Kemudahan kesihatan dari hari ke hari secara tidak langsung bekalan perubatan dan kemudahan menerima rawatan semakin berkurangan.
- Kemudahan pendidikan banyak terhenti menyebabkan lebih 2 Juta pelajar terjejas untuk mendapatkan pendidikan yang sewajarnya.
- Desakan mencari keselamatan dan punca rezeki baru maka berlakulah penghijrahan yang menyebabkan penduduk Yaman menjadi pelarian di dalam negara sendiri.
Untuk info sahabat-sahabat, jika dibandingkan antara 3 negara ini, Yaman, Syria dan Palestine, jumlah terbesar yang menjadi mangsa kesusahan dan penderitaan akibat krisis peperangan ini adalah saudara-saudara kita di Yaman.
Alhamdulillah. Sejak tahun 2018, berkat sokongan dan sumbangan sahabat-sahabat semua, kami MCG telah berusaha dan berjaya menganjurkan beberapa Misi Bantuan Kebajikan untuk saudara-saudara kita di Yaman. Misi Bantuan ini termasuk Misi MCGKasihRamadhan4Yaman dan QurbanAid4Yemen.
Kami kongsikan di sini kempen susulan yang kami usahakan bersama-sama PIC kami di Yaman bagi meringankan penderitaan saudara-saudara Yaman kita terutama dalam menghadapi bencana banjir yang baru berlaku:
- Kempen Bantuan MCG Kasih Ramadan Untuk Yemen @ Kempen Bantuan Kebajikan Foodpack untuk keluarga anak yatim, ibu tunggal, asnaf, golongan OKU. Tajaan RM100/sekeluarga.
- Kempen Penyertaan Ibadah Aqiqah Bulanan (Ibadah Qurban Di Musim Haji) untuk membekalkan daging sebanyak yang boleh kepada golongan asnaf kita di Yaman. Seekor Kambing dan Kos Perlaksanaan RM750.
- Kempen Tajaan Membantu Membangunkan Pendidikan Dan Kebajikan Untuk Anak-Anak Yatim Dan Asnaf agar mereka terus berpeluang menimba ilmu walaupun mereka sedang berada dalam krisis peperangan. Tajaan RM150/seorang untuk sebulan.
- Kempen Tajaan Bantuan Kesihatan, Perubatan dan Hygiene Kit untuk keluarga anak yatim, syuhadah, ibu tunggal, asnaf, golongan OKU. Tajaan RM100/Lot.
- Kempen Projek Wakaf MCG AlQuran4Yemen. Tajaan RM50/Naskah.
- Kempen BaikPulih Rumah Keluarga Golongan Asnaf, Keluarga Anak Yatim, Ibu Tunggal, OKU dan Pelarian. Tajaan RM100/Lot.
Apapun, sokongan dan sumbangan sahabat-sahabat adalah nadi kepada kejayaan usaha-usaha ini disamping keizinan dari Allah SWT. Lagi banyak kutipan dana terkumpul maka lagi ramai saudara-saudara Yaman kita akan mendapat bantuan. Insha’Allah.
Ayuh sahabat-sahabat, terus bersama-sama kami MCG bagi meneruskan kerjasama melalui konsep ta’awun dalam membantu ummah terutama membantu saudara-saudara kita di Yaman yang agak terpinggir dari perhatian dunia khususnya umat Islam.
Moga usaha-usaha ini menjadi asbab utk kita terus bersama mendapat perlindungan Ilahi di dunia dan di akhirat.
Moga Allah SWT sentiasa merahmati dan memudahkan segala urusan ini serta menganugerahkan untuk bertemu dengan Lailatul Qadar di Ramadan tahun ini.
Allahumma Aamiin.