DANA MANGSA BANJIR BESAR DI YAMAN
May 5, 2021SELAMAT HARI IBU
May 9, 2021Assalamu’alaikum WBT sahabat-sahabat yang dirahmati Allah SWT. Ramadan Kareem.
Saya secara peribadi pernah berjaya masuk ke Bumi Gaza sebanyak 2 kali dari 3 kali percubaan ntuk menghantar bantuan kemanusiaan ke sana.
Saya pernah menikmati Majlis berbuka bersama-sama mereka. Dan pernah bersolat taraweh berjemaah yang diimamkan oleh Sheikh Ismail Haniyeh selaku Perdana Menteri Palestin ketika itu. Alhamdulillah.
Menerima video-video dan gambar-gambar Program Pengagihan Foodpack Dan Majlis Iftar anjuran NGO kami MCG hasil sokongan dan sumbangan sahabat-sahabat semua ini, membuat air mata saya ingin mengalir. Lebih-lebih lagi bila mengingat kembali detik-detik yang dilalui ketika bersama-sama mereka di sana.
Kenapa?
Kerana fenomena ini bukanlah sesuatu kelaziman bagi mereka. Tidak pasti berapa kali mereka menerima sumbangan sebegini dalam hidup mereka. Dan berapa kali pula mereka dapat menikmati peluang berbuka puasa seperti majlis yang diusahakan ini.
Dan lebih mengharukan, masih ramai lagi dikalangan mereka tidak berkesempatan untuk menikmati bantuan sebegini. Apatah lagi bila bulan Ramadan menghilangkan diri untuk tempoh setahun lagi. Kemesraan ummah seolah-olah sepi sepertimana hilangnya Ramadan. Subhanallah.
Ketahuilah. Saudara-saudara kita di Gaza, Palestin adalah harapan kita semua untuk mempertahankan dan membebaskan bumi dimana berlakunya Peristiwa Isra’ Nabi SAW dan juga kiblat pertama umat Islam dari penceroboh zionis laknatullah.
Pembebasan Bumi Palestin ini bukan tanggungjawab saudara-saudara kita di Palestin sahaja. Malahan ianya adalah tanggungjawab seluruh umat Islam. Mereka tidak minta kita datang ke sana untuk bersama-sama menghadapi kezaliman Regim Zionis. Tapi mereka memohon agar kita untuk terus mendoakan mereka dan membantu kebajikan mereka.
Daripada Abu Zar RA, bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“Kami sedang mengingati antara satu sama lain dan Rasulullah SAW berada di sisi kami berkaitan yang mana lebih afdhal di antara masjid Rasulullah SAW dan juga masjid Bait al-Maqdis. Maka Rasulullah SAW bersabda: Solat di masjidku ini lebih afdhal daripada empat kali solat di Bait al-Maqdis. Alangkah nikmatnya bagi orang yang solat. Sesungguhnya akan tiba satu masa, seseorang itu memiliki tanah seukuran tali kuda sehingga dia mampu melihat Bait al-Maqdis. Hal itu adalah lebih baik baginya daripada dunia keseluruhannya atau lebih baik daripada dunia dan seisinya.”
(Riwayat al-Hakim (8553))
Justeru itu, di hujung-hujung Ramadan ini, kami NGO MCG ingin mengajak sahabat-sahabat semua untuk membina sedikit ruang dalam doa-doa kita, untuk kita mengirimkan doa kesejahteraan buat mereka dan doa agar Allah SWT menurunkan bantuanNya bagi pembebasan yang mutlak buat Bumi Palestin dari cengkaman Zionis Laknatullah.
Dikesempatan ini juga, kami NGO MCG ingin mengajak sahabat-sahabat untuk terus menamankan keazaman di dalam hati untuk terus menginfakkan sedikit rezeki kita bagi membantu mereka untuk meneruskan kehidupan menghadapi kezaliman yang disasarkan ke atas mereka.
Ayuh sahabat-sahabat bersama MCG kita terus membantu saudara-saudara Palestin kita di Gaza terutamanya.
Kami kongsikan semula di sini, usaha-usaha yang kami MCG usahakan dari masa ke semasa untuk meringankan penderitaan saudara-saudara kita di Palestin.
ULANGSIAR : APA USAHA MCG DALAM MEMBANTU SAUDARA2 KITA DI GAZA PALESTIN?
Ramadhan telah masuk malam ke 25. PIC kami dan sahabat-sahabat kami di Gaza, Palestin sering bertanya, adakah bantuan dari kita buat mereka untuk menjalani ibadah di bulan Ramadhan ini dengan sedikit kegembiraan?
Seperti kami maklumkan sebelum ini, saudara Palestin kita terutama di Semenanjung Gaza sedang diuji hebat dengan tiga serangkai ujian yang bertimpa-timpa.
Ujian tersebut adalah:
- Bila-bila masa sahaja Bumi Gaza akan dibedil oleh Rejim Zionis Laknatullah. Seperti berita yang kami kongsikan ini, mereka dibedil lagi.
- Dalam keadaan mereka dibedil, dikepung, mereka berdepan pula dengan ujian Pandemik Covid-19.
- Menghadapi kehidupan mereka dalam keadaan bekalan elektrik dari satu-satu stesen janakuasa di Gaza yang sering dicatu dan tidak dapat beroperasi sepenuhnya akibat kekurangan bekalan bahan bakar.
Berkat sokongan dan sumbangan sahabat-sahabat semua serta kominten MCG dalam membantu saudara-saudara kita di Palestine, Rakan NGO kami di Gaza telah memberi kepercayaan kepada kami untuk menganjurkan Kempen Kutipan Dana Bagi Membangunkan Perigi Air Bersih @ Tubewell di sana.
Untuk info sababat-sahabat penderma, selain Projek Perigi Air Bersih @ Tubewell4Gaza, kami MCG akan terus-menerus melancarkan kutipan dana bantuan dan menghantar bantuan kebajikan ke Palestine dari masa ke masa bagi meringankan penderitaan mereka selagimana krisis di negara mereka tidak berhenti.
Misi MCG yang sedang berjalan untuk saudara-saudara kita di Gaza Palestine adalah membantu mereka membuat persiapan menjalani ibadah di bulan Ramadhan Al-Mubarak dengan sedikit kemudahan asas.
Antara kempen yang MCG aturkan untuk Misi MCG Kasih Ramadhan Untuk Palestine adalah :
- Kempen Bantuan MCG Kasih Ramadhan Untuk Keluarga Anak Yatim, Syuhadah, Ibu Tunggal, Asnaf, Golongan OKU Di Gaza. Tajaan RM100/sekeluarga.
- Kempen Bantuan Food Baskets @ Fresh Meat Untuk Keluarga Anak Yatim, Syuhadah, Ibu Tunggal, Asnaf, Golongan OKU. Tajaan RM100/sekeluarga.
- Projek Terbaru MCG Membangunkan Perigi Air Bersih @ Tubewell4Gaza. Tajaan RM100/Lot
- Kempen Wakaf Al-Quran4Ummah. Tajaan RM50/Senaskah.
- Kempen Tajaan Membantu Membangunkan Pendidikan Untuk Anak-Anak Syuhadah, Yatim Dan Miskin Termasuk Penajaan Pendidikan Untuk Mahasiswa di Universiti Gaza agar mereka terus berpeluang menimba ilmu walaupun mereka dikepung kezaliman. Tajaan RM150/seorang untuk sebulan.
- Kempen Tajaan Bantuan Kesihatan, Perubatan, Hygiene Kit Dan Tabung Bantuan Covid-19 Untuk Keluarga Anak Yatim, Syuhadah, Ibu Tunggal, Asnaf, Golongan OKU. Tajaan RM100/Lot.
- Kempen Baik Pulih Rumah Keluarga Syuhadah, Keluarga Anak Yatim Golongan Asnaf, Dan Ibu Tunggal. Tajaan RM100/Lot.
- Kempen Bantuan Kembali Ke Sekolah @ Back2School Untuk Kanak-Kanak Gaza Palestine. RM160/seorang.
Kempen yang sama juga kami anjurkan untuk membantu saudara-saudara kita di Syria, Yemen, Kashmir serta beberapa negara yang mengalami krisis dan nasib yang sama. Insha’Allah.
Teruskan sahabat-sahabat semua untuk terus-menerus mengirim doa kesejahteraan dan perlindungan kepada Allah SWT untuk saudara-saudara kita di Gaza Palestin dan di seluruh pelusuk dunia.
Moga Allah SWT menurunkan bantuanNya untuk melindungi saudara-saudara Palestine kita di Gaza dan membebaskan Palestin serta Bumi Syam dari cengkaman Zionis Laknatullah dan sekutu-sekutu mereka dengan kadar segera.
Moga Allah SWT sentiasa merahmati dan membalas segala sokongan dan sumbangan sahabat-sahabat dengan ganjaran yang lumayan di dunia dan di Akhirat.
Allahumma Aamiin.