179-mcg179-mcg179-mcg179-mcg
  • Laman Utama
  • Mengenai Kami
    • Kenali MCG
    • Carta Organisasi
    • Daftar Sukarelawan
    • Borang Penyumbang Tetap
  • Kempen
    • Wakaf Kompleks Masjid Al-Quddus
    • Winter Aid Syria
    • Charity Sale
    • Kasih Ramadan 1443H | 2022
    • Qurban & Aqiqah
  • Aktiviti
    • Malaysia
    • Global
      • South East Asia
      • South Asia
      • East Asia
      • Western Asia – Middle East
      • Eastern Europe
      • Central Europe
      • East Africa
      • Central Africa
      • West Africa
      • Oceania
  • Blog
    • Bahasa Melayu
      • MCG Agenda
      • MCG Events
      • MCG Movement
      • MCG News
      • MCG Mission
      • MCG Planning
      • MCG Project
      • MCG Programme
    • English
  • Hubungi Kami
✕

SELAMAT HARI IBU

  • Home
  • Blog
  • MCG Sharing
  • SELAMAT HARI IBU
MCG KASIH RAMADAN MENYAPA SAUDARA DI GAZA
May 6, 2021
SELAMAT HARI JURURAWAT
May 12, 2021
Published by muslimcareglobal on May 9, 2021
Categories
  • MCG Sharing
Tags

Mengambil kesempatan Sempena Hari Ibu yang jatuh pada hari ini 9hb. Mei 2021, kami Pengerusi, Penggerak dan Sukarelawan NGO MCG ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua insan yang bergelar ibu di luar sana.

Islam meletakkan ibu ditempat yang paling selayaknya, begitu juga dengan bapa. Seorang ibu berhak mengambil haknya terhadap anak-anaknya dan seseorang anak itu tidak boleh langsung mempertikaikan hak ibu dan bapa mereka terhadap dirinya.

Perkara ini dikatakan sendiri oleh Rasulullah SAW mengenai insan bergelar ibu,

Daripada Abu Hurairah RA :

Seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah SAW yang bermaksud :

‘’Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling berhak untuk aku berbuat baik kepadanya ?’’.

Maka Rasulullah SAW menjawab:

‎أُمُّكَ ثُمَّ أُمُّكَ ثُمَّ أُمُّكَ ثُمَّ أَبُوكَ

Maksudnya: Ibu kamu (adalah manusia yang paling berhak untuk kamu berbuat baik kepadanya), kemudian ibu kamu, kemudian ibu kamu, kemudian bapa kamu.

(Hadis Riwayat Muslim)

Ibu merupakan seorang individu yang terkuat, terhebat dan terbaik di dunia. Cinta dan kasih sayang seorang ibu merupakan cinta yang abadi dan luar biasa. Pengorbanan yang disalurkan dalam mendidik dan membesarkan anak-anaknya adalah suatu pengorbanan yang tidak terbalas.

 

Justeru, MCG ingin mengajak kepada diri sendiri dan sahabat-sahabat semua untuk terus menerus sentiasa berbakti dan memuliakan ibubapa kita tanpa menunggu hari-hari tertentu kerana redha Allah SWT itu terletak pada redha ibubapa kita.

‎اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلِوَالِدِيْنَا وَارْحَمْهُمْ كَمَا رَبَّوْنَا صِغَارًا

Maksudnya: “Ya Allah! ampunilah dosa kami dan dosa kedua orang tua kami dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi kami sejak kecil.”

Semoga Allah SWT membalas segala penat lelah dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh ibubapa kita dengan menempatkan kedua2 mereka dikalangan hamba-hambaNya yang mendapat perlindungan serta keredhaanNya di dunia dan di Akhirat.

Allahumma Aamiin.

Share
0
muslimcareglobal
muslimcareglobal

Related posts

December 11, 2021

HARI KEPUTERAAN SULTAN SELANGOR


Read more
December 3, 2021

SELAMAT HARI OKU SEDUNIA


Read more
November 20, 2021

SELAMAT HARI KANAK-KANAK


Read more

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pertubuhan Pencinta Muslim Sedunia (Muslim Care Global) atau mudah dikenali sebagai MCG berdaftar dibawah Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia pada 14 Mac 2018 (PPM-025-10-14032018).

Alamat Kami:
MCG – MUSLIM CARE GLOBAL
No 5 Jalan Puisi U2/27 Taman TTDI Jaya
40150 Shah Alam, Selangor.
Ada Sebarang Persoalan?

[email protected]

Hubungi Kami:

012 693 5938 / 019 262 5938

© 2019-2022 Muslim Care Global. Website Built & Design by Ledakan Digital Services