GEMPA BUMI MENGGEGARKAN TURKIYE DAN SYRIA
February 6, 2023MCG Bekerjasama dengan NGO Gaza Untuk Membina Semula Masjid Bilal Bin Rabah sebagai Projek Bersama Pertama
February 13, 2023اللهم صلى على سيدنا محمد
Salam Sayyidul Ayyam diucapkan kepada sahabat-sahabat semua yang dirahmati Allah SWT.
Hari Jumaat menjelma lagi. Di kesempatan kita berada pada hari yang penuh keberkatan dan kemuliaan hari ini, mari kita sama-sama memperbanyakkan Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Agung Nabi Muhammad SAW.
Bagi perkongsian Jumaat kali ini, kami MCG ingin kongsikan dengan sahabat-sahabat sedikit perbincangan bertajuk Ingatkan Diri Tentang Syurga yang ditulis oleh Dr. ‘Aidh al-Qarni dari Kitab “La Tahzan, Jangan Bersedih!”
INGATKAN DIRI TENTANG SYURGA
Firman Allah SWT:
Maksudnya : (sambil mengucapkan), “Selamat sejahtera atasmu karena kesabaranmu.” Maka alangkah nikmatnya tempat kesudahan itu.
(Surah Ar-Ra’d Ayat 24)
Keterangan :
Manusia Yang Sedih
Manusia yang paling sedih ketika menghadapi sesuatu musibah dan bencana adalah mereka yang memandang dunia ini sebagai tujuan akhir daripada semua harapan mereka walhal jika mereka melakukan sesuatu di dunia dengan sentiasa berorientasikan Akhirat dan meyakini Akhirat adalah lebih baik dan kekal abadi pasti setiap bencana boleh berubah menjadi nikmat.
Gambaran Keindahan Syurga Allah SWT
Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan berbuat kebajikan, bahwa untuk mereka (disediakan) surga-surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Setiap kali mereka diberi rezeki buah-buahan dari surga, mereka berkata, “Inilah rezeki yang diberikan kepada kami dahulu.” Mereka telah diberi (buah-buahan) yang serupa. Dan di sana mereka (memperoleh) pasangan-pasangan yang suci. Mereka kekal di dalamnya.”
(Surah Al-Baqarah Ayat 25)
Kenikmatan Syurga Kepada Orang Soleh Yang Tidak Pernah Terlihat Oleh Seorang Manusia Pun
Sabda Rasulullah S.A.W dalam sebuah hadis qudsi yang bermaksud:
“Allah S.W.T berfirman, “Aku telah menyediakan bagi hamba-hamba-Ku yang soleh kenikmatan yang belum pernah mata melihatnya, belum pernah telinga mendengarnya, dan belum pernah pula terdetik dalam kalbu manusia.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari)
Memasuki Syurga Dengan RahmatNya
Jabir R.A, aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda, yang maksudnya:
“Amal soleh kamu tidaklah memasukkan kamu ke dalam syurga dan tidak pula menjauhkan dari api neraka, tidak pula aku, kecuali dengan rahmat dari Allah S.W.T.”
(Hadis Riwayat Muslim no 2817)
Justeru, ingatkanlah diri pada kenikmatan syurga yang kekal abadi. Curahkanlah fikiran kita pada kebahagian Akhirat pasti segala musibah akan terasa ringan dan hati akan selalu bahagia. Wahai orang2 yang mengejar syurga Allah SWT, teruslah beramal dengan amalan yang soleh.
Semoga Allah SWT menjadikan kita hambaNya yang berbudi pekerti dan berakhlak mulia dengan menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh ikutan yang terbaik dan mengampunkan dosa-dosa kita yang lalu serta memberi keredhaan kepada kita di dunia dan Akhirat.
Allahumma Aamiin.
Setiausaha Agung,
MCG (Pertubuhan Pencinta Muslim Sedunia @ Muslim Care Global)
012-6935938
www.muslimcareglobal.com