Ingatkan Diri Tentang Syurga
February 9, 2023KEMPEN KUTIPAN DANA MISI BANTUAN MANGSA GEMPA TURKIYE DAN SYRIA MASIH BERJALAN
February 14, 2023MOU Di Antara MCG Dan Partners For Relief And Development, Gaza Palestine Dimeterai
Projek Pembangunan Semula Masjid Bilal Bin Rabah Di Kota KhanYounis, Semenanjung Gaza Menjadi Projek Pertama Kerjasama Ini
Assalamu’alaikum wbt Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah SWT.
Alhamdulillah. Hari ini 22 Rejab 1444H bersamaan 13hb. Februari 2023, kami MCG telah mengadakan Majlis Menandatangani MOU dengan NGO dari Semenanjung Gaza, Partners For Relief And Development bagi membangunkan semula sebuah masjid lama di dalam Semenanjung Gaza, Palestine.
Masjid yang dibina pasa tahun 1955 ini diberi nama Masjid Bilal Bin Rabah, terletak di Kota KhanYounis. Memandangkan masjid ini sekarang tidak dapat menampung jumlah masyarakat setempat yang semakin bertambah ramai, Ahli Jawatan Kuasa Setempat merancang untuk melaksanakan pembangunan semula ke atas masjid ini bagi menyediakan kemudahan untuk memenuhi keperluan semasa.
Ayuh. Sempena Bulan Rejab ini, bulan dimana berlakunya Peristiwa Isra’ Dan Mikraj Nabi SAW, marilah kita bersama-sama memperbanyakkan amalan berselawat dan bersedekah.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Jagalah diri kalian dari neraka meskipun hanya dengan sedekah setengah biji kurma (sedekah tak perlu dengan kuantiti yang banyak dan mahal, memadai dengan hal-hal yang kecil tapi ikhlas)…”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Insha’Allah. Kempen Kutipan Dana MCG Wakaf4Ummah masih giat dijalankan dan akan terus berjalan selagimana tuntutan dan rayuan yang mendatang dari saudara-saudara kita dari merata pelusuk dunia terus hadir di sisi pengetahuan kami MCG.
Salah satu daripada Projek Kempen MCG Wakaf4Ummah ini adalah membantu membangunkan Rumah Allah atau Masjid @ MCG Masjid4Ummah.
Matlamat utama pembangunan masjid-masjid ini adalah bagi membantu membangunkan kemudahan untuk ummah terutama di lokasi-lokasi umat Islamnya berada di dalam krisis peperangan, pergolakan politik, kemiskinan dan hidup sebagai golongan minoriti yang perlu dibantu dalam usaha memantapkan keimanan dan memainkan peranan mengembangkan Syiar Islam.
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
‘‘Sesiapa yang membina masjid kerana Allah, Allah membina baginya rumah di Syurga kelak (binaan) seumpamanya.”
(Hadis Riwayat Muslim)
Pembangunan dan komitmen MCG tidak terhenti setelah masjid tersebut siap sahaja, malahan ianya diteruskan dengan aktiviti-aktiviti pengimarahan masjid, aktiviti pendidikan, kebajikan, dakwah dan seumpamanya.
Memandangkan terlalu banyak permintaan daripada Saudara-saudara kita di serata pelusuk dunia, MCG akan hanya memberi tumpuan kepada beberapa lokasi yang telah mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa dan sokongan pihak masyarakat tempatan.
Antara Kempen MCG Wakaf4Ummah dan lokasi yang menjadi keutamaan MCG untuk dibantu ialah:
- Kempan MCG Masjid4Ummah. Pembangunan Masjid Baru di Negara2 seperti Palestine (Gaza) Kemboja, New Zealand, Syria (Kem-kem Pelarian), Pakistan (Kashmir), India, Belarus, Uganda, Comoros, Chad, Indonesia (Lombok Dan Sulawesi), Nigeria (telah siap diteruskan dengan projek membangun bekalan air bersih) dan beberapa lokasi yang akan diumumkan nanti.
- Kempen MCG Education4Ummah. Kempen Penajaan Pendidikan Untuk Anak-anak Syuhadah, Yatim Dan Asnaf Di Syria, Palestine, Rohingya Dan Beberapa Buah Negara Yang Terlibat. Tajaan Bulanan RM160/seorang.
- Kempen MCG Shelter4Ummah. Kempen Membangunkan Rumah Yang Bersesuai Keperluan Setempat @ MCG Shelter4Syria. Tajaan RM100/1Lot Atau RM2K/1Shelter.
- Kempen MCG Tubewell4Ummah. Membina Sumber Air Bersih atau Tubewell di Kashmir Pakistan, Bangladesh, India, Kemboja, Indonesia, Nigeria, Uganda, Chad, Nigeria. Tajaan RM100/1Lot.
- Kempen Dakwah4Ummah. Bagi Membantu Membangunkan Pusat Dakwah, Madrasah Dan Surau Untuk Pondok2 Pengajian Islam Di Dalam Dan Di Luar Negara. Tajaan RM100/1Lot.
- Kempen MCG AlQuran4Ummah. Membekal Dan Mengagih Al-Quran ke merata pelusuk dunia. RM50/1Naskah AlQuran.
- Kempen MCG School4Ummah. Kerja-kerja Membangunkan Sekolah Dan Pendidikan di Syria, Turkey, Palestine, India, Kemboja, Indonesia, Uganda, Gambia dan Nigeria.
- Kempen MCG House4Ummah. BaikPulih Rumah Keluarga Syuhadah, Golongan Asnaf, Keluarga Anak Yatim Dan Ibu Tunggal Terutama Di Gaza, Palestine. Tajaan RM100/Lot.
Kepada sahabat-sahabat yang berminat menjayakan Projek MCG Masjid4Ummah @ MCG Wakaf4Ummah ini boleh ke butang yang tertera dibawah untuk maklumat lanjut.
Mohon jasa baik sahabat-sahabat untuk sebarkan info ini seluas yang boleh.
Allah SWT berfirman yang bermaksud :
“Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan Ia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki".
(Surah Saba’ : Ayat 39)
Terima kasih atas segala perhatian dan sumbangan. Moga ianya akan menjadi hujjah kita di depan Allah swt bahawa kita telah memainkan peranan untuk membantu mengembangkan Syiar Islam di merata pelusuk dunia. Insha’Allah.
Allahumma Aamiin.
Setiausaha Agung,