Kempen Kutipan Dana Untuk MCGAid4Gaza Masih Berjalan
October 29, 2023Sunnah Puasa Hari Putih: Pelajari Cara Berpuasa Menurut Hadis & Sunnah
December 14, 202390 HARI MENUJU RAMADAN AL-MUBARAK 1445H
Ujian Getir Buat Saudara-saudara Palestine Kita Berganda Bila Musim Sejuk Mulai Menyelubungi Semenanjung Gaza
Kempen Kutipan Dana Untuk MCGAid4Gaza @ MCGAid4Palestine Masih Berjalan
Misi Bantuan GDD + MCG Aid4Gaza Terus Berjalan Menyantuni Saudara-saudara Kita Di Gaza
Assalamualaikum WBT Sahabat-sahabat Yang Dirahmati Allah SWT.
Sedikit Perkongsian Di Dalam Video 90 HARI MENUJU RAMADAN AL-MUBARAK 1445H Yang Kami Kongsikan, Rakaman Video Anak Kecil Palestine Yang Tersenyum Ketika Dia Menerima Jemputan Untuk Kembali Bertemu Sang Penciptanya.
Mudah2an Perkongsian Dapat Meningkatkan Lagi Keimanan Kita Dalam Menghadapi Ujian Kehidupan Yang Semakin Mencabar Ini.
Alhamdulillah, sedar tidak sedar, hari ini, 13hb. Disember 2023 bersamaan 30 Jamadilawal 1445H, genapnya 90 hari untuk kita dipertemukan dengan bulan penuh keampunan dan keberkatan, Bulan Ramadan.
Hanya sekadar ingatan dan ajakan mesra daripada kami Pengerusi, Penggerak dan Sukarelawan MCG, ayuh sama-sama kita tanamkan niat dan azam agar kita dapat melakukan persiapan lebih awal bagi menyambut dan menyantuni kehadiran Ramadan bagi tahun 1445H/2024M.
Moga dengan niat dan azam yang dibina lebih awal ini dapat mendisiplinkan diri kita agar Ramadan yang bakal tiba ini menjadi Ramadan yang lebih baik berbanding pada tahun2 yang lalu.
Sedikit berita terkini dari Gaza yang kami terima pada 418 petang tadi iaitu hari ke 68 dari tarikh bermulanya serangan tidak bermoral Rejim Zi0ni5 ke atas Bumi Gaza. Hari 13122023 telah mencatatkan seramai 18412 orang saudara-saudara kita gugur syahid manakala 50100 mengalami kecederaan
Hasbunallah Wanikmal Wakil Nikmal Maula Wanikman Nasir
Usaha-usaha MCG menyalurkan bantuan kecemasan dan kebajikan @ MCGAid4Gaza melalui kerjasama dengan Rakan NGO kami GDD terus berjalan dari masa ke semasa.
Insha’Allah. Kami akan kongsikan laporan bantuan MCGAid4Gaza dalam masa terdekat.
Terima kasih kepada sahabat-sahabat semua atas segala sokongan dan sumbangan hingga kami MCG mampu untuk memainkan peranan dalam membantu saudara-saudara kita di Gaza yang sedang menghadapi ujian yang amat getir di abad ini.
Marilah juga kita menadah tangan dan terus berdoa buat saudara-saudara kita di Gaza agar Allah SWT menurunkan bantuanNya untuk melindungi Saudara-saudara Palestine kita di Gaza dan membebaskan Palestin serta Bumi Syam dari cengkaman Zi0ni5 Laknatullah dan sekutu2 mereka dengan kadar segera.
Marilah kita sama-sama memanjatkan doa kepada Allah SWT agar dikurniakan kesejahteraan dan kesihatan yang baik sehingga diberi peluang untuk bertemu lagi dengan bulan Ramadan Al-Mubarak 1445H.
Aamiin Allahumma Aamiin.
SUA MCG.
(Pertubuhan Pencinta Muslim Sedunia @ Muslim Care Global)
NOTA UNTUK PENDERMA:
Sahabat-sahabat yang ingin menyumbang untuk meringankan penderitaan Saudara-saudara kita di Gaza Palestine, boleh salurkan sumbangan melalui akaun kami seperti berikut:
PERTUBUHAN PENCINTA MUSLIM SEDUNIA (MUSLIM CARE GLOBAL)
RHB BANK : 2-12523-6001152-6
MAYBANK : 5624-7816 - 8967
Disamping itu, mohon sahabat-sahabat maklumkan info sumbangan melalui WhatsApp kepada nombor telefon yang disertakan untuk tindakan kami selanjutnya:
Hj. Zakaria : 012 - 693 5938