90 Hari Menuju Ramadan Al-Mubarak 1445H
December 13, 2023Hangatkan Musim Sejuk Saudara Kita Melalui MCG WinterAid4Gaza
December 22, 2023
SALAM JUMAAT DARI KAMI MCG
Ayuh Hiasi Hari Jumaat Ini Dengan Amalan Berselawat Dan Bersedekah
اللهم صلى على سيدنا محمد
Kempen Kutipan Dana Untuk MCGAid4Gaza @ MCGAid4Palestine Masih Berjalan
Ayuh Bersama Kami MCG Kita Utuskan Doa Buat Saudara-saudara Kita Di Gaza Palestine
Misi Bantuan GDD + MCG Aid4Gaza Terus Berjalan Menyantuni Saudara-saudara Kita Di Gaza
Salam Sayyidul Ayyam diucapkan kepada sahabat-sahabat semua yang dirahmati Allah SWT.
Hari Jumaat menjelma lagi. Di kesempatan kita berada pada hari yang penuh keberkatan dan kemuliaan hari ini, mari kita sama-sama memperbanyakkan Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Agung Nabi Muhammad SAW.
Bagi perkongsian Jumaat kali ini, kami MCG ingin kongsikan dengan sahabat-sahabat sedikit perbincangan bertajuk Sunnah Puasa Hari Putih yang diterjemah oleh M. Abdai Rathomy dari Kitab “Riyadhus Shalihin Imam Nawawi”
SUNNAH PUASA HARI PUTIH
Daripada Abu Hurairah RA, katanya:
"Saya diwasiati oleh kekasihku yakni Nabi Muhammad SAW dengan tiga macam perkara, yaitu berpuasa tiga hari dari setiap bulan, melakukan dua rakaat solat sunnah Dhuha dan supaya saya bersembahyang witir sebelum saya tidur."
(Hadis Muttafaq 'Alaih)
Keterangan :
Sunat Berpuasa Hari Putih
Daripada Mu'adzah a!-'Adawiyah, bahawasanya ia bertanya kepada Aisyah RAnh:
Maksudnya: "Apakah Rasulullah SAW itu berpuasa sebanyak tiga hari dari setiap bulan?" Aisyah RAnha menjawab: "Ya." Saya (Mu'adzah) bertanya: "Dari bulan apa saja Rasulullah SAW berpuasa?" Aisyah menjawab: "Baginda tidak mempedulikan dari bulan manakah Baginda berpuasa itu."
(Hadis Riwayat Muslim)
Hari-Hari Putih
Daripada Qatadah bin Milhan RA, katanya:
Maksudnya: “Rasulullah SAW menyuruh kami berpuasa pada hari-hari putih, iaitu 13, 14, dan 15 hari bulan. Baginda juga bersabda: Puasa tiga hari tersebut seolah-olah puasa sepanjang tahun.”
(Hadis Riwayat Abu Daud)
Menyerupai Puasa Setahun
Daripada Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash RAnhuma, katanya: "Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: "Berpuasa tiga hari dari tiap-tiap bulan adalah sama dengan berpuasa setahun penuh."
(Hadis Muttafaq 'Alaih)
Semoga Allah SWT menjadikan kita semua seorang muslim yang berbudi pekerti & berakhlak mulia dengan menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh ikutan yang terbaik dan mengampunkan dosa-dosa kita yang lalu serta memberi keredhaan kepada kita di dunia dan Akhirat.
Allahumma Aamiin.
Setiausaha Agung,
MCG (Muslim Care Global)
NOTA UTK PENDERMA
Sahabat-sahabat yang ingin menyumbang utk mana-mana Misi MCG, boleh salurkan sumbangan sahabat-sahabat melalui akaun kami seperti berikut :
PERTUBUHAN PENCINTA MUSLIM SEDUNIA (MUSLIM CARE GLOBAL)
RHB BANK : 2-12523-6001152-6
MAYBANK : 5624-7816 - 8967
Disamping itu, mohon sahabat-sahabat maklumkan info sumbangan melalui WhatsApp kepada nombor telefon yang disertakan untuk tindakan kami selanjutnya :
Hj. Zakaria : 012 - 693 5938