MUFTI PERAK TAN SRI DR HARUSSANI ZAKARIA PERGI MENEMUI SANG PENCIPTANYA

Hari ini 30hb. Mei 2021, berita sedih diterima, perginya Sahibus Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria menemui Sang Penciptanya. Al-marhum diberitakan telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 3 petang tadi di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak. Al-marhum Tan Sri Dr Harussani Zakaria yang dilahirkan di Parit Tok Ngah, Tanjung Piandang, Parit Buntar dan […]
BANTUAN TABUNG KECEMASAN DI SABAH

Assalamu’alaikum WBT sahabat-sahabat yang dirahmati Allah SWT. Alhamdulillah. 26hb. Mei 2021. MCG dengan kerjasama PPSS Rakan NGO kami di Sabah yang dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Zulfikar telah berjaya menyampaikan Bantuan Awal kepada mangsa-mangsa kebakaran di Kampung Tanjung Aru, Kota Kinabalu. Lebih kurang 35 keluarga yang menjadi mangsa kepada kebakaran ini yang sekarang ini ditempatkan di […]
BANTUAN KECEMASAN UNTUK GAZA

Assalamu’alaikum WBT sahabat-sahabat yang dirahmati Allah SWT. Untuk info sahabat-sahabat, pihak Rahma Worldwide sedang dalam persiapan untuk mengagihkan Misi Bantuan Kecemasan MCGAid4Gaza. Cuma keutamaan kerja-kerja membaiki infrastruktur seperti jalan raya, sistem bekalan air dan membersihkan kawasan runtuhan bangunan serta kediaman menjadi keutamaan. Antara kempen yang dianjurkan melalui Misi MCG Bantuan Kebajikan Untuk Gaza Palestine adalah […]
BANTUAN RAKAN JALANAN DI JALAN CHOW KIT

Alhamdulillah. Pada 10hb Mei 2021, MCG telah pun berjaya mengadakan Misi Kasih Ramadan 1442H bagi menyantuni Rakan Jalanan di Pusat Pembelajaran Komuniti Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur. Disebabkan kehadiran petugas yang dibenarkan agak terhad maka program ini hanya disertai oleh Pengerusi MCG saudara Sham Samad, Ahli Lembaga Pengarah (ALP) MCG Ustaz Mohd Fadhil serta Ahli […]
SELAMAT HARI GURU

Tanggal 16 hb. Mei setiap tahun merupakan hari yang penuh bermakna kepada insan yang bergelar guru. Guru merupakan insan yang sangat dimuliakan di dalam Islam dan diberi kedudukan yang tinggi sesuai dengan peranannya yang sangat penting dalam mencorak masa hadapan anak muridnya juga ummah keseluruhannya. Firman Allah SWT: يَرْفَعِ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ مِنكُمْ وَٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ […]
SELAMAT HARI BELIA NEGARA

Tanggal 15 hb. Mei setiap tahun merupakan hari yang penuh bermakna kepada golongan belia. Dikesempatan ini, Kami Pengerusi, Penggerak dan Sukarelawan MCG ingin mengucapkan Selamat Hari Belia Negara kepada semua golongan belia di negara ini. Firman Allah SWT : “(Ingatlah) ketika pemuda-pemuda itu berlindung di dalam gua, lalu mereka berdoa: “Ya Tuhan kami! berikanlah kami […]
MISI KASIH RAMADAN MENYAPA SAUDARA DI BELARUS

Alhamdulillah. Berkat sokongan dan sumbangan sahabat-sahabat semua, Misi MCG Kasih Ramadan 1442H telah berjaya menyapa saudara-saudara seIslam kita di Bumi Grodno, Belarus untuk tahun ke 4. Menariknya Ramadan kali ini, MCG telah berjaya merapatkan silaturahim antara muslim Belarus dengan seorang muslim dari China. Alhamdulillah. Dari Abdullah bin Amr RA, bahwa Nabi Muhammad SAW bersabda: بَلِّغُوا […]
SELAMAT HARI JURURAWAT

Sempena hari jururawat yang jatuh pada 12hb. Mei setiap tahun, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Jururawat Sedunia buat seluruh insan yang bergelar jururawat daripada kami Pengerusi, Pengerak Dan Sukarelawan NGO MCG. Bertemakan “Nurses: A Voice to Lead, A Vision for Future Healthcare” menunjukkan bahawa pentingnya peranan jururawat dalam sektor kesihatan di Malaysia. Firman Allah SWT: […]
SELAMAT HARI IBU

Mengambil kesempatan Sempena Hari Ibu yang jatuh pada hari ini 9hb. Mei 2021, kami Pengerusi, Penggerak dan Sukarelawan NGO MCG ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua insan yang bergelar ibu di luar sana. Islam meletakkan ibu ditempat yang paling selayaknya, begitu juga dengan bapa. Seorang ibu berhak mengambil haknya terhadap anak-anaknya dan seseorang anak […]