SALAM UKHUWAH 2023 DARI MCG

Assalamu’alaikum wbt Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah SWT. Alhamdulillah, syukur kita panjatkan kehadrat Allah SWT atas limpah dan kurniaNya, segala dugaan dan cabaran yang dihadapi pada tahun 2022 telah berjaya kita tempuhi. Semoga tahun 2023 ini menjadi tahun yang sentiasa memberi keinsafan, sinar dan seri baru buat kita semua. Sempena memasuki tahun baru 2023, kami NGO […]

TAKZIAH BUAT SELURUH AHLI KELUARGA ADIK HAIDAR

إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ Selepas Adik Rayan, kini dunia dikejutkan lagi dengan berita seorang kanak2 lelaki Afghanistan berumur 9 tahun dipercayai telah terjatuh dan terperangkap di dalam perigi sempit sedalam 24 meter namun telah tersekat pada batu di kedalaman 10 meter. Allahyarham adik Haidar terjatuh ke dalam perigi di kawasan Shokak, dalam wilayah Zabul, […]

TAKZIAH BUAT SELURUH AHLI KELUARGA ADIK RAYAN ORAM

‎إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ Dunia dikejutkan dengan berita seorang kanak2 lelaki Maghribi berumur 5 tahun dipercayai telah terjatuh dan terperangkap di dalam perigi sempit sedalam 32 meter. Allahyarham adik Rayan Oram terjatuh ke dalam perigi milik bapanya ketika sedang bermain di kawasan rumahnya di Ighran, wilayah Chefchaouen. Pasukan penyelamat Maghribi bertungkus lumus menjalankan misi […]

TAKZIAH MANGSA LETUSAN GUNUNG BERAPI SEMERU

Indonesia diuji lagi apabila Gunung berapi Semeru, terbesar di Pulau Jawa Indonesia meletus sejak Sabtu lalu serta memuntahkan lahar panas sehingga mengorbankan 22 mangsa setakat ini dan dilaporkan seramai 27 individu masih hilang. Status terkini, pihak SAR Indonesia terpaksa menghentikan operasi mencari dan menyelamat mangsa berikutan gunung berapi masih aktif dan terus mengeluarkan asap tebal […]

MALAYSIA KEHILANGAN PERMATA SENI TANAH AIR

Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un. Allahyarham Siti Sarah Raisuddin, yang merupakan penggiat seni tanah air menghembuskan nafas terakhir Di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) akibat pandemik Covid-19. Menurut Sumber, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin telah dimasukkan ke hospital pada Jumaat lalu kerana mengalami paras oksigen rendah sehingga […]

MUFTI PERAK TAN SRI DR HARUSSANI ZAKARIA PERGI MENEMUI SANG PENCIPTANYA

Hari ini 30hb. Mei 2021, berita sedih diterima, perginya Sahibus  Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria menemui Sang Penciptanya. Al-marhum diberitakan telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 3 petang tadi di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak. Al-marhum Tan Sri Dr Harussani Zakaria yang dilahirkan di Parit Tok Ngah, Tanjung Piandang, Parit Buntar dan […]

SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA KREW KAPAL SELAM KRI NANGGALA 402 INDONESIA

Dunia dikejutkan dengan kehilangan Kapal Selam KRI Nanggala 402 milik Tentera Negara Indonesia – Angkatan Laut (TNI – AL) sejak Rabu yang lalu di lautan perairan Bali, Indonesia. Status terkini, pihak TNI telah menemukan serpihan yang dipercayai dari kapal selam KRI Nanggala 402, di lokasi perairan Bali, Indonesia. Misi mencari terus dipertingkatkan oleh pihak Tentera […]

PENERIMA HATI PERTAMA MALAYSIA MENINGGAL DUNIA

Perginya penerima hati pertama Malaysia menemui Sang Pencipta. Muhammad Afiq Ikmal Muhammad Zaini yang menjadi penerima hati pertama di Malaysia pada tahun 1999 telah menghembuskan nafas terakhir pada 2hb. Mac 2021 di Hospital Selayang, Selangor. Beliau mengalami masalah bengkak hati sejak seusia 14 bulan lagi dan berjaya menjalani pemindahan organ sekaligus menerima sebahagian hati daripada […]

TAKZIAH BUAT SELURUH AHLI KELUARGA ADIK AMIR QUSYAIRI

  Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un. Jumaat. 29 Januari 2021 lalu,  Malaysia digemparkan dengan berita menyayat hati apabila dikhabarkan adik Zubaidi Amir Qusyairi menemui Sang Pencipta dalam keadaan yang amat menyentuh hati kita semua meninggal dunia akibat tindakan yang tidak berperikemanusiaan, didera oleh keluarga kandungnya. Menurut sumber berita, terdahulu Allahyarham adik Amir telah diserahkan […]